6 Resepi Pasta Ringkas & Lazat Yang Anda Boleh Buat Dalam 30 Minit Untuk Si Anak Kecil
Pasta-pasta mudah dan sedap yang penuh dengan nutrisi untuk anak-anak kecil.
1. Penne Goreng
Resepi Penne Goreng yang mudah ini pasti akan membuat anak kecil anda tersenyum gembira kerana bentuk pasta penne yang silinder membuatkan ia sangat mudah untuk dimakan. Resepi ini juga mempunyai beberapa jenis sayur-sayuran seperti brokoli, tomato dan lada benggala yang sihat untuk anak-anak kecil.
Dapatkan resepi penuh Penne Goreng di sini.
2. Salad Ayam Dan Makaroni
Anak-anak kecil memang gemar memakan pasta makaroni kerana bentuknya yang kecil dan mudah untuk dimakan. Kuah pasta juga mudah melekat kepada liku-liku pasta yang menambahkan lagi rasa. Oleh sebab itu resepi Makaroni Goreng ini memang sesuai untuk anak-anak kecil.
Dapatkan resepi penuh Salad Ayam Dan Makaroni di sini.
3. Fetucini Carbonara
Resepi Fetucini Carbonara ini juga pasti akan disukai anak-anak kecil kerana kuah pastanya yang mempunyai dua jenis keju dan herba seperti oregano, parsli dan lada hitam. Ditambah pula dengan sosej dan cendawan butang, hidangan ini memang sangat memuaskan.
Dapatkan resepi penuh Fetucini Carbonara di sini.
4. Makaroni Bakar
Untuk sedikit kelainan, cubalah resepi Makaroni Bakar ini. Resepi ini menggunakan bahan-bahan seperti susu dan keju cheddar yang membuatkan rasanya seakan-akan sama seperti makaroni keju bakar. Hidangan ini pasti akan menggamit selera anak-anak kecil anda.
Dapatkan resepi penuh Makaroni Bakar di sini.
5. Spageti Bolognese
Resepi Spageti Bolognese ini memang klasik dan kesukaan anak-anak kecil kerana rasa sos tomato yang simple dan begitu sesuai dengan cita rasa kanak-kanak. Cara menyediakannya pula senang sekali kerana anda hanya perlu merebuskan pasta dan menumis bahan-bahan asas dapur.
Dapatkan resepi penuh Spageti Bolognese di sini.
6. Spageti Bebola Daging
Bebola daging memang menu yang paling laku di kalangan anak-anak kecil. Resepi bebola daging ini pula lebih sihat kerana hanya mengandungi daging dan sedikit tepung. Disamping itu, resepi Spageti Bebola daging ini juga dipenuhi dengan sayur-sayuran yang sihat untuk anak-anak.
Dapatkan resepi penuh Spageti Bebola Daging di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!