6 'Bento Box' Comel & Berkhasiat Untuk Bekalkan Tenaga Anak-Anak Di Sekolah

Anak-anak mesti tak sabar tunggu waktu makan.

Hari-hari sediakan makanan yang sama untuk anak-anak tentu bosan, bukan? Anak pun tak lalu nak makan.

Kadang-kadang, si anak itu tak mahu makan bukan kerana makanan itu tak sedap. Tetapi mungkin kerana bosan dengan makanan yang sama, yang dihidangkan juga dengan cara yang sama. Maklumlah, kanak-kanak kan memang cepat bosan.

So parents
, sudah tiba masanya untuk tingkatkan kreativiti agar anak anda lebih seronok untuk makan! Apa kata cuba resipi-resipi comel di bawah ini. Kami yakin anak-anak mesti suka dan makan sampai licin!

1. Burrito Telur Hancur

Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu rendah lemak
- 1 sudu kecil daun ketumbar (dicincang)
- 1 sudu kecil minyak sayuran
- 4 sudu besar keju cheddar
- 2 keping roti tortilla whole wheat
- Secubit garam
- 1/4 sudu kecil lada hitam

Cara:
1. Untuk telur hancur, di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, daun ketumbar, garam dan lada hitam.
2. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dan masukkan telur. Kemudian, hancurkan.
3. Letakkan 2 helai daun salad di tengah roti tortilla, kemudian, tabur 2 sudu besar keju cheddar, letakkan separuh telur hancur dan 2 sudu sudu besar tomato.
4. Gulung cara burrito-style

Siapa yang tak suka burrito? Orang dewasa suka, kanak-kanak lagilah suka! Bayangkan macam mana perasaan mereka bila melihat burrito comel sebegini sudah tersedia untuk mereka makan. Confirm mereka tak nak share dengan kawan-kawan.

2. Nasi Goreng Labu

Bahan-bahan:
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu kecil halia kisar
- 1/2 biji bawang merah
- 1/2 cawan labu (dipotong kiub kecil)
- 1 1/2 cawan nasi perang yang sudah dimasak
- 1/4 cawan kacang kuda (direbus)
- 2 sayur bok choy (dicincang kasar)
- 2 sudu kecil kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/4 sudu kecil lada putih

Toppings:
- 1 sudu besar daun bawang (dihiris) 
- 1 sudu kecil bijan 

Cara:
1. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan labu dan kacau hingga labu lembut selama 3 minit.
4. Masukkan nasi perang dan kacang kuda. Kacau selama 1 minit.
5. Masukkan kicap masin, sos tiram dan lada putih. Kacau selama 1 minit.
6. Masukkan sayur bak choy dan kacau hingga lembut.
7. Tabur daun bawang dan bijan. Hidangan ini sedia untuk dihidang.

Ini adalah resipi yang agak rare dan sangat sedap! Dengan hiasan ikan duyung comel dilengkapkan lagi dengan buah-buahan berkhasiat, hidangan ini sudah lengkap untuk menceriakan anak-anak. Sediakan bekal bento seimbang dan berkhasiat yang dilengkapi satu pek MILO UHT untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah.

3. Salad Pasta Hawaii

Bahan-bahan:
- 1 cawan wholemeal spiral pasta yang sudah dimasak
- 1 cawan buah nanas (dipotong kiub kecil)
- 3 sudu besar lobak merah (dihiris nipis)
- 1 sudu besar daun bawang (dihiris)
- 4 sudu besar isi ikan tuna

Dekorasi:
- 1 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar sos light mayonis
- 1 sudu besar greek yogurt rendah lemak

Cara:
1. Di dalam mangkuk besar, masukkan pasta, buah nanas, isi ikan tuna, lobak merah dan daun bawang. Gaul dan ketepikan. 
2. Di dalam mangkuk kecil yang asing, gaul jus lemon, sos mayonis, greek yogurt dan garam. Kemudian, masukkan campuran pasta. Gaul.

Sedapnya makan pasta! Serikan bekalan makanan anak-anak dengan resipi ala-ala Hawaii ini yang pasti akan menggembirakan mereka. Gabungan pasta dan salad ini juga merupakan satu kombinasi yang unik. Tak susah pun nak sediakan. Potong-potong dan campak-campak sikit dah siap!

4. Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek

Bahan-bahan:
- 1/4 labu kecil (250g) dibuang biji dan dipotong kiub besar dengan kulitnya
- 1 sudu besar marjerin
-  4 sudu besar isi ikan tuna
- Secubit garam
- 1/4 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil daun bawang (dihiris)
- 1 keping roti wholemeal tortilla (potong bentuk chips)

Cara:
1. Microwave labu selama 5 minit sehingga lembut dan masak.
2. Gunakan sudu untuk keluarkan isi labu dan buan kulitnya.
3. Di dalam mangkuk, masukkan marjerin, isi ikan tuna, labu, garam dan lada hitam. Gaul. Kemudian, tabur daun bawang.
4. Lapikkan baking sheet di atas pinggan yang microwaveable dan leta sedikit minyak sayuran di atasnya.
5. Susun tortilla wedges di atas baking sheet.
6. Microwave selama 4 minit sehingga keperenggan dan rangup.
7. Biarkan tortilla chips di luar selama 5 minit dan hidangkan bersama Pumpkin Tuna Mash.

Resipi ini pula antara alternatif yang lebih seimbang dan berkhasiat. Kombinasi labu dan tuna ini mungkin nampak simple tapi anak-anak akan dapat khasiat dan protein yang secukupnya. Kalau ada labu lebih, boleh juga sediakan resipi Nasi Goreng Labu yang di atas tadi. Mudah, kan?

5. Sandwic Mentega Kacang

Bahan-bahan:
- 2 keping roti wholemeal (dibakar)
- 2 sudu besar mentega kacang (unsalted dan unsweetened)
- 1 biji pisang (dihiris)
- 2 sudu kecil biji labu
- 1 sudu kecil madu

Cara:
1. Sapukan 1 sudu besar mentega kacang di atas roti.
2. Letakkan hirisan pisang.
3. Tabur biji labu dan madu.
4. Ulang dengan menggunakan bahan lebihan.

Anak-anak tak akan cakap 'no' kepada mentega kacang. Semua pun mesti suka! Inikan pula bila disediakan dalam bentuk sandwic dengan dekorasi bento yang sangat comel. Kalau bawa bekal ini ke sekolah, kawan-kawan yang lain mesti akan jealous.

6. Wrap Ayam Daun Salad

Bahan-bahan:
- Ayam kisar
- 1 biji keledek kecil (dihiris)
- 6 helai daun sayur romaine lettuce
- 2 sudu kecil minyak bijan
- 1 ulas bawang putih kisar
- 1/2 cawan frozen mixed vegetables
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/4 sudu kecil lada putih
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu kecil kicap masin

Cara:
1. Untuk Sweet Potato Chips, lapikkan baking sheet di atas pinggan microwaveable dan letakkan sedikit minyak. Kemudian, susun keledek di atasnya.
2. Microwave selama 3 minit sehingga rangup.
3. Biarkan di luar selama 5 - 10 minit. Kemudian, masukkan ke dalam kontenar. Anda juga boleh 
4. Untuk ayam, menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.
5. Masukkan bawang putih dan masak hingga naik bau.
6. Masukkan ayam kisar dan masak selama 3 minit sehingg separuh masak.
7. Masukkan mixed vegetables, kicap masin, sos ikan, garam dan lada putih. Masak selama 5 minit.
8. Hidangkan dengan daun romaine lettuce. 

Dan yang terakhir, boleh hasilkan resipi wrap ayam ini. Bukan setakat berkhasiat, resipi ini juga sangat enak dengan balutan ayam cincang di dalam daun salad segar. Ia menjadi lebih sempurna dengah satu pek MILO UHT. Nyum!

Menarik sangat resipi-resipi di atas ini, kan? Tapi sebelum itu, ada satu lagi perkara penting yang ibu bapa kena tahu.

Bagi menyediakan sarapan seimbang untuk anak-anak, ibu bapa perlu tahu prinsip 'suku suku separuh'.

Apa itu 'suku suku separuh'? Lihat video di bawah ini:

MILO UHT mengandungi ACTIV-GO, iaitu kombinasi unik PROTOMALT, vitamin dan mineral yang dapat menghasilkan tenaga yang efisien daripada makanan. Ia dapat membantu ibu bapa yang sibuk memastikan kanak-kanak mereka mendapat tenaga yang mencukupi untuk menghadapi aktiviti seharian di sekolah.

Image via MILO Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak resipi #MiloBentoBox yang menarik dan comel serta maklumat lanjut mengenai produk MILO, klik di sini

Musim sekolah akan dibuka tak lama lagi. Inilah masanya untuk ibu bapa serlahkan kreativiti di dapur dan rapatkan hubungan bersama anak-anak.

Selamat memasak! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Leave a comment