Kurang Dari RM6, Jom Nikmati 6 Nasi Kandar Murah & 'Power' Di Lembah Klang Ini. Sedap Beb!
Dari RM6 dan ke bawah, anda boleh nikmati nasi kandar lauk ayam tau. Jimat duit!
Apabila sudah tengah bulan, poket anda pasti sudah kering, kan?
Tetapi jangan risau, anda masih boleh menikmati hidangan yang mengenyangkan pada harga yang murah. Sedap pun sedap!
1. Annuar Kari Kepala Ikan, Bangsar
Selain dari hidangan kari kepala ikan, Annuar Kari Kepala Ikan juga terkenal dengan hidangan nasi kandar yang hanya berharga RM3! Untuk setiap pinggan nasi, anda akan dihidangkan nasi, ayam goreng, sayur goreng dan kuah kari kepala ikan yang lazat dan power. Murah betul!
Alamat: No. 2, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 9.30 pagi - 5.00 petang (Setiap hari)
No. Telefon: +6016-677 7703
2. (Salman Nasi Kandar)[https://says.com/my/makan/salman-nasi-kandar-kajang], Kajang
Salman Nasi Kandar sememangnya terkenal dengan hidangan nasi kandar gaya Kedah semurah RM5 sahaja. Setiap pinggan nasi kandar akan dihidangkan dengan nasi kuning, ayam goreng, kuah kari ikan, kuah kari daging dan kuah hitam daging. Anda juga boleh menambah kobis goreng, bendi dan telur masin!
Alamat: Lot 6741E, Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor.
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 9.00 malam (Sabtu hingga Khamis)
Tutup setiap hari Jumaat.
No. Telefon: +6013-380 5567
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
3. Nasi Kalut Jitra Mai, Shah Alam
Nasi Kalut Jitra Mai yang terkenal di Kedah kini sudah bertapak di Shah Alam. Gerai ini menghidangkan nasi kandar gaya Kedah semurah RM5 sahaja. Antara keistimewaan hidangan ini ialah nasi kuning mereka yang begitu aromatik. Ditambah pula dengan ayam goreng yang penuh rempah ratus dan kuah campur yang pekat dan menyelerakan.
Dengan harga tambahan, anda juga boleh menambah lauk lain seperti sotong, sayur dan juga daging!
Alamat: Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 12.00 malam (Sabtu hingga Khamis)
Tutup setiap hari Jumaat.
No. Telefon: +6010-350 5850
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook
4. Nasi Kandar Melayu Apollo, Kajang
Nasi Kandar Melayu Apollo sangat popular dengan hidangan nasi kandar gaya Kedah mereka yang hanya berharga RM5! Untuk setiap hidangan nasi kandar, anda akan dihidangkan nasi kuning, ayam goreng, kuah campur dan sambal belacan yang penuh kick.
Kuah campur di restoran ini juga begitu power sekali kerana mempunyai rasa rempah ratus yang mantap. Memang layan!
Alamat: Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 11.00 malam (Selasa hingga Ahad)
Tutup setiap hari Isnin.
No. Telefon: +6017-778 5226
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
5. Nasi Kandar Express, Bangi
Nasi Kandar Express merupakan sebuah restoran nasi kandar yang berkonsepkan restorang fast-food. Untuk RM6, anda boleh memilih antara nasi kandar lauk ayam atau lauk daging. Restoran ini juga menyediakan pelbagai lagi jenis lauk pauk seperti sotong, kambing, dan juga ikan.
Alamat: 17, Jalan 15/1b, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-8912 6234
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
6. Nasi Lan Kedah, Putrajaya
Nasi Lan Kedah terkenal dengan lauk sotong kembang, tetapi jika anda mahukan sesuatu simple, restoran ini juga menyediakan nasi kandar berlaukkan ayam hanya untuk RM5.50. Apa yang unik tentang nasi kandar restoran ini ialah kuah campur mereka yang mempunyai rasa pedas dan manis. Memang syok!
Kalau nak yang spesial sikit, anda wajib sekali mencuba set sotong, ayam dan telur ikan untuk RM20 sahaja. Berbaloinya!
Alamat: Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Waktu Operasi: 10.00 pagi -10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-8328 4845
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!