Nikmati Nasi Kandar Gaya Kedah Untuk RM5 Sahaja Di Restoran Popular Di Kajang Ini
Nasi kandar lauk ayam murah hanya Nasi Kandar Salman di Kajang!
Nasi kandar sememangnya hidangan tradisi yang terkenal di Malaysia. Hidangan nasi yang dibanjiri kuah campur dan berlaukkan ayam goreng ini pasti menggamit selera sesiapa sahaja!
Tetapi sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai kes pelanggan ditipu dengan harga-harga nasi kandar yang langsung tidak masuk akal!
Namun begitu, di Salman Nasi Kandar, masalah ini tidak akan terjadi kerana tagline mereka iaitu “Murah, Banyak, Sedap” pastinya menjamin semua peminat nasi kandar untuk dapat menikmati hidangan ini pada harga yang murah dah tetap.
Salman Nasi Kandar yang terletak berdekatan dengan stesen komuter UKM menyediakan nasi kandar pada harga RM5 sahaja!
Lihat gambar-gambar yang meliurkan di bawah:
Di gerai ini, anda boleh memilih antara Nasi Kandar Biasa (RM5), Nasi Kandar Daging/Siakap Biasa (RM6) dan juga Nasi Kandar Ayam Special (RM10) yang dipenuhi dengan sayur goreng, cili hijau, bendi, telur rebus dan telur masin. Memang berbaloi!
Anda hanya perlu menambah RM1 untuk setiap lauk tambahan seperti sayur goreng, bendi, telur masin, telur rebus dan cili hijau.
Apa yang menarik tentang Salman Nasi Kandar ialah mereka menyediakan nasi kuning mengikut cara Kedah. Manakala, ayam goreng pula disediakan panas-panas dari kuali!
Lihat saja betapa menariknya hidangan-hidangan ini:
Nasi kuning gaya Kedah di gerai ini memang sangat aromatik dan sesuai digandingkan bersama 5 jenis kuah berbeza iaitu kuah kari ikan, kari daging, kuah hitam (daging) dan kuah hitam (biasa). Lebih-lebih lagi dimakan dengan ayam goreng crispy dan panas. Memang terangkat!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!