Dapatkan Nasi Ganja Lamb Shank 'Rare' Untuk RM25 Di Restoran Di Kajang Ini. Berbaloi!
Selain nasi ganja, Nasi Dulang Daun Pisang Kajang juga menghidangkan nasi dulang yang murah dan sedap!
Nasi ganja sememangnya terkenal di Ipoh sebagai hidangan yang murah, sedap dan ekspres.
Kini, nasi ganja meraih populariti di Selangor dengan pelbagai variasi lauk yang menarik. Jika anda mahu menukar selera, anda wajib sekali mengunjungi Nasi Dulang Daun Pisang di Kajang.
Walaupun namanya agak pelik, nasi ganja hanyalah nasi kuning aromatik yang dibanjiri dengan kuah kari yang mempunyai ramuan rahsia. Nasi ganja di Ipoh juga kebiasaannya dihidangkan bersama lauk ayam dan sayur sahaja. Namanya nasi ganja pula sangat bersesuaian dengan rasanya yang lazat yang pasti akan membuat anda ketagih. :D
Antara menu best yang anda wajib cuba ialah nasi ganja yang berlaukkan lamb shank hanya untuk RM25 sahaja.
Bukan senang nak dapatkan hidangan lamb shank semurah ini tau!
Tetapi apa yang menarik tentang hidangan ini ialah rasa lamb shank yang penuh rempah ratus. Ini kerana daging kambing dimasak gulai untuk mendapatkan daging yang tender dan menyelerakan. Dinikmati pula bersama nasi kuning yang aromatik. Memang layan!
Setiap hidangan nasi ganja dihidangkan bersama kuah gulai kari, telur rebus, acar timun dan bendi. Sangat berbaloi!
Anda juga boleh menikmati nasi ganja anda dengan lauk lain seperti ayam goreng, kambing bakar, keli, ikan kembung, ikan talapia dan juga sotong bakar sebesar muka anda. :D
Restoran ini juga pakar dalam menghidangkan Nasi Dulang Daun Pisang yang begitu unik dan murah sekali!
Walaupun nasi dulang sudahpun terkenal, tetapi apa yang membuatkan nasi dulang di restoran ini lain daripada yang lain ialah mereka menghidangkan nasi dengan daun pisang yang menaikkan lagi aroma dan selera anda. Setiap nasi dulang juga dihidangkan bersama kuah lemak cili api, budu, sambal tumis, sambal belacan dan ulam. Memang puas hati!
Antara pilihan nasi dulang yang terdapat di sini ialah sotong bakar, ikan talapia merah, ikan bawal, ikan keli, kambing, ayam kampung dan itik goreng. Bukan sahaja saiz hidangan besar tetapi harga pun sangat berpatutan!
Perut dah berbunyi? Jom dapatkan info penuh Nasi Dulang Daun Pisang di sini:
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!