Lebih 26k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Pes Char Kuey Teow Paling Mudah & Sedap!
Hanya menggunakan udang, anda boleh hasilkan pati udang yang paling 'flavorful' dan lazat!
Kalau dapat pekena sepinggan Char Kuey Teow di restoran, memang padu!
Tetapi sebenarnya hidangan ini mudah saja untuk dihidangkan di rumah. Anda perlu menumis semua bahan-bahan sahaja. Campak-campak dah siap!
Untuk menjimatkan masa dan tenaga, anda juga boleh menyediakan pes Char Kuey Teow terlebih dahulu. Cara ini ternyata lebih mudah kerana anda boleh menyimpan pes ini di dalam peti sejuk dan gunakan pada bila-bila masa sahaja.
Untuk resepi pes Char Kuey Teow yang paling mudah, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Fatin Nur Izzah ini yang telah mendapat sebanyak 26k 'shares'!
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:
Bahan pes Char Kuey Teow:
- 1 kg udang (ambil kulit dan kepala untuk hasilkan pati)
- 2 senduk kicap manis
- 2 senduk kicap pekat
- 2 senduk sos tiram
- 2 kiub ikan bilis
- 2 sudu cili boh
- 6 ulas bawang putih diketuk
Jom kita lihat cara-cara membuatnya pula:
1. Rebuskan kulit dan kepala udang
Siang udang dan simpankan kulit dan kepalanya. Rebuskan sehingga warna kulit udang bertukar menjadi warna oren.
2. Kisarkan udang bersama air rebusannya sekali
Biarkan air rebusan udang sejuk untuk seketika dan kisarkan sehingga hancur.
3. Tapiskan hampas udang
Tapiskan hampas udang dan ambil air patinya sahaja.
4. Sediakan pes Char Kuey Teow
Di dalam periuk besar, masukkan air pati udang dan panaskan pada api yang sederhana. Tambahkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, kiub ikan bilis, cili boh dan bawang putih.
5. Renehkan pes Char Kuey Teow
Apabila pes sudah mula mendidih, perlahankan api dan renehkan selama 30 minit atau sehingga pes sudah menjadi pekat.
6. Pes sudah sedia untuk digunakan dalam masakan!
Apabila pes sudah siap, simpankan di dalam bekas. Gunakan apabila anda mahu menyediakan Char Kuey Teow.
Untuk memastikan pes tahan lama, masukkan pes ke dalam peti beku.
7. Sediakan Char Kuey Teow
Dalam kuali yang panas, tumiskan dua ulas bawang putih dan masukkan udang. Tambahkan satu senduk pes char kuey teow dan sedikit air.
Masukkan kuew teow dan pecahkan sebiji telur. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun kucai.
Char Kuey Teow anda sudah siap untuk dinikmati!
Anda kini boleh menikmati Char Kuey Teow homemade pada bila-bila masa sahaja! Anda juga boleh mengubah suai hidangan ini mengikut selera anda. Lagi best! :D
Tunggu apa lagi? Jom cuba hasilkan di rumah!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!