Lebih 5k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Wedges Homemade Ala KFC. Meleleh Air Liur...

Sedapnya! Paling best, boleh makan banyak-banyak sebab homemade. :D

Sedapnya kalau dapat buat homemade sides menu. Tak kisahlah menu apa, yang penting sedap dan mudah untuk dimasak.

Image via Tenor

Tambahan lagi, dengan cara memasak di rumah juga membolehkan anda untuk lebih berjimat-cermat. Beli barangan dapur, boleh masak untuk sebulan kalau pandai bahagikan. Selamat sikit duit poket kalau tak perlu makan di luar bukan?

Tapi, menu apa eh yang sedap untuk dimasak? Kalau tak ada idea, boleh lihat di bawah:

Seorang wanita telah berkongsi resepi untuk Wedges Homemade ala KFC di laman Facebook Masak Apa Hari Ni dan berjaya meraih perhatian ramai

Perkongsian resepi itu berjaya mendapat lebih 5.2k shares ketika artikel ini ditulis. Memang ramai yang teringin untuk mencuba menu ini. Nampak mudah tapi sedap!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Resepi penuh:

Wedges homemade ala KFC.

- 2kg ubi kentang
- 4sdb Tepung Gandum*
- 4sdb Tepung Beras*
- 4sdb Tepung Jagung*
- 2sdb Serbuk Lada Sulah*
- 2sdb Serbuk Lada Hitam*
- 2sdb Serbuk Cili*
- Garam secukupnya*
- Minyak untuk menggoreng

Resepi cheezy:

- 1sdb mentega / butter
- 2sdb tepung gandum
- 1sdb serbuk cili
- 1sdb pati ayam (serbuk) / 1ketul kiub ayam
- 4pcs slice cheese
- 1cwn susu segar
- Pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Bersihkan kulit kentang dan pastikan tiada pasir yang melekat dan toskan.
2. Didihkan air kukusan. Sementara menunggu air kukusan mendidih, boleh la potong kentang (pastikan kentang tersebut menyerong, jangan korang potong macam korang nk buat kari lak)
Macam saya belah 2 lepastu saya bahagikan 3. Kalau ubi kentang tu besar pandai-pandailah nak bahagikan macam mana ye.
3. Lepas da siap potong, cuci & toskan. Kemudian korang susun la dalam tray kukus. Kukus dlm 5minit atau sehingga ubi kentang korang empuk. Bila dah empuk korang sejukkan sekejap.
4 Dalam bekas lain korang satukan bahan hok bertanda* Ambil ubi kentang yang telah kukus tadi dan gaulkan. Jangan buat pelik lak ye kulit ubi kentang tak kena tepung. Kulit ubi kentang xserap air. Dia tak lembab macam isi ubi kentang. Tp still selamat dimakan.
5. Panaskan minyak & goreng lepastu ngap

P/S: Nak guna tepung serbaguna pun boleh juga. Terpulang pada korang.

Cara-cara untuk buat sos cheezy:

1. Panaskan pan dengan api yang perlahan dan cairkan mentega.
2. Masukan tepung gandum, serbuk cili n serbuk/kiub pati ayam. Kacaukan rata.
3. Kemudian masukan susu segar dan masukkan cheese serta pewarna. Kacau sampai cheese cair. Biarkan selama 3 minit sehingga cheezy pekat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment