makan

7 Resepi Berasaskan Kentang Yang ‘Budget-Friendly’ & Senang Untuk Dihasilkan

Jom cuba hidangan-hidangan berasaskan kentang yang sedap ini. Senang je!

Cover image via myresipi

1. Resepi Pai Shepherd

Pai Shepherd

Image via MyResipi

Resepi Pai Shepherd ini memang begitu memuaskan kerana mempunyai satu lapisan kentang dan juga daging dan sayur. Resepi ini juga sangat mudah kerana pai ini tidak memerlukan crust tambahan. Malah, anda hanya perlu melenyekkan kentang dan bakarkan dalam ketuhar sahaja. 

Dapatkan resepi Pai Shepherd di sini

2. Resepi Bergedel Ayam

Bergedel Ayam

Image via MyResipi

Resepi Bergedel Ayam ini memang enak dinikmati dengan soto ayam tetapi hidangan ini juga lazat dimakan begitu sahaja. Resepi ini juga sangat mudah untuk dihasilkan kerana mempunyai pelbagai tesktur. Terdapat hirisan ayam, bawang goreng dan daun bawang. Memang sedap lah! 

Dapatkan resepi Bergedel Ayam di sini.

3. Resepi Donut Kentang

Donut Kentang

Image via MyResipi

Resepi Donut Kentang ini sangat mudah untuk dihasilkan. Anda hanya perlu menambahkan kentang rebus sahaja kepada adunan donut sahaja. Pasti akan mendapat donut yang gebu dan ringan. Disalut pula dengan gula, memang lazat. Anak kecil pun pasti suka! 

Dapatkan resepi Donut Kentang di sini

4. Resepi Salad Kentang

Salad Kentang

Image via MyResipi

Salad Kentang sememangnya hidangan sampingan kegeraman orang ramai. Manakan tidak, resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu merebus kentang, potong dadu semua bahan-bahan dan gaulkan sahaja! Ditambah pula dengan sos mayonis dan sayur-sayuran crunchy dan segar. Sedapnya! 

Dapatkan resepi Salad Kentang di sini

5. Resepi Telur Dadar Kentang

Telur Dadar Kentang

Image via MyResipi

Resepi Telur Dadar Kentang ini sangat unik tetapi simple sekali. Tambahan kentang rebus kepada telur dadar memberikan sedikit tekstur kepada hidangan ini. Kentang juga membuatkan hidangan ini menjadi lebih mengenyangkan. Sesuai untuk bila-bila masa anda mahukan sesuatu yang pantas. 

Dapatkan resepi Telur Dadar Kentang di sini

6. Resepi Jemput-Jemput Kentang

Jemput Jemput Kentang

Image via MyResipi

Resepi Jemput-Jemput Kentang ini wajib dicuba jika anda mahukan sedikit kelainan kepada snek petang anda. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah kentang menambahkan kerangupan kepada hidangan ini. Sedap betul! 

Dapatkan resepi Jemput Jemput Kentang di sini

7. Resepi Kuih Bingka Kentang

Kuih Bingka Kentang

Image via MyResipi

Untuk resepi yang memuaskan dan simple, anda wajib sekali mencuba resepi Kuih Bingka Kentang ini. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu merebuskan kentang, gaulkan bersama santan dan bakarkan dalam ketuhar sahaja. Mudah sangat! 

Dapatkan resepi Kuih Bingka Kentang di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom try banyak lagi resepi kentang yang mudah di sini:

Jom check out resepi-resepi ini untuk banyak lagi hidangan bajet:

You may be interested in: