makan

Lebih 3.4k Shares, Wanita Ini Kongsi Resepi Puding Karamel Tanpa Telur. Simple & Sedap!

Resepi Puding Karamel paling ringkas sekali. Memang heaven!

Cover image via Mimiey Zuha

Puding karamel sememangnya dessert kegemaran ramai yang sedap untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja

Manakan tidak, puding karamel menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati dan murah. Gandingan puding perisa vanila yang silky smooth bersama sos gula hangus yang pahit manis memang sangat nikmat. 

Tetapi kebanyakan resepi puding karamel menggunakan telur yang akan menghasilkan bau hanyir jika tidak disediakan dengan betul. Memang turn off!

Untuk resepi puding karamel tanpa telur, anda wajib sekali mencuba resepi perkongsian Puan Mimiey Zuhaa yang mudah dan heavenly ini yang telah mendapat sebanyak 3.4K 'shares' di Facebook

Bukan sahaja resepi ini tidak menggunakan telur, malah anda hanya perlu sejukkan di dalam peti ais sahaja. Tidak perlu susah payah menggunakan teknik water bath atau kukus. Dijamin senang dan tidak hanyir!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan gula karamel:

  • ¼ cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan puding:

  • 1 paket agar-agar (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • ¾ cawan gula (kalau nak manis lagi letak 1 cawan)
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Jom lihat cara-cara membuatnya pula:

1. Hasilkan Gula Karamel

Gaulkan gula dan air di dalam periuk sehingga sebati. Kemudian, panaskan pada api yang perlahan sehingga gula bertukar menjadi keperangan. Masukkan ke dalam loyang dan ketepikan dulu. 

2. Sediakan Puding 

Dalam periuk yang lain, masukkan kesemua bahan untuk puding dan masakkan pada api yang perlahan. 

Gaul sehingga larut dan tidak berketul. Apabila adunan sudah pekat, tutupkan api. 

3. Tapiskan Adunan Puding 

Tapis adunan puding sebelum memasukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi. Tuangkan adunan yang sudah ditapis ke dalam loyang.

4. Sejukkan Puding Karamel 

Masukkan puding karamel ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga puding sudah menjadi keras. 

5. Hidangkan Puding Karamel 

Puding karamel anda sudahpun siap untuk dihidangkan! Nikmati ketika puding karamel masih sejuk. 

Setelah puding karamel siap, inilah hasilnya! Mudah sahaja, kan? Rugi kalau tak cuba!

Resepi ini sesuai sekali untuk anda yang mahu menyediakan pencuci mulut beberapa jam sebelum upacara atau makan malam bersama keluaga. Hanya perlu sediakan caramel, adunan puding dan sejukkan di peti ais sahaja!  

Lihat saja betapa lembutnya hasil puding karamel ini. Tidak perlu guna water bath pun tetapi tekstur sangat licin! Rasa puding pula sangat seimbang dengan rasa karamel. 

Jika anda mengidamkan desserts ringkas, sedap dan murah, anda wajib sekali menghasilkan resepi ini. Meleleh air liur dibuatnya!

Image via giphy.com

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi mudah dan sedap di sini:

You may be interested in: