Lebih 6k 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi 6 Resepi Hidangan Mexico Mudah Gunakan 5 Bahan Je!
Jom hasilkan hidangan tacos, salsa mangga dan banyak lagi. Mudah dan ringkas!
Siapa sahaja yang tidak rambang mata apabila melihat hidangan Mexico seperti nachos, tacos dan juga burrito bukan? Tengok sahaja pun sudah tahu sedap!
Kebanyakkan hidangan-hidangan Mexico memerlukan bahan-bahan dapur yang mahal dan cara penyediaan yang agak rumit.
Tetapi sebenarnya, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di dapur anda. Setiap hidangan juga tidak menggunakan lebih dari 5 bahan pun (tidak termasuk garam dan lada hitam). Memang mudah dan murah!
Untuk resepi hidangan Mexico yang murah dan simple, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Twitter @ihsanlikestoeat yang telah mendapat sebanyak 6k 'retweets'
1. Thyme Beef & Mushrooms
Bahan-bahan
- 500 gram daging (dipotong nipis)
- 1 cawan cendawan (dihiris)
- 1 sudu kecil thyme
- 1 sudu besar kicap masin pekat
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
Cara-cara
- Gaulkan daging dengan garam, lada hitam dan thyme.
- Panaskan sedikit minyak dan gorengkan daging selama 5 minit. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali yang sama, masukkan cendawan dan masak selama 5 minit.
- Masukkan daging yang telah digoreng dan kicap masin pekat. Masak seketika.
- Tambahkan garam dan lada hitam mengikut cita rasa anda.
2. Fresh Mango Salsa
Bahan-bahan
- 1 biji buah mangga
- 2 biji tomato
- 1 biji bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 genggam daun ketumbar (dipotong halus)
- 1/2 buah lemon (diperah jus)
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
- Potong dadu buah mangga, tomato, bawang merah dan bawang putih.
- Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan-bahan.
- Tambahkan jus lemon, garam dan lada hitam.
3. Pan-Seared Chicken with Basil Tomato Sauce
Bahan-bahan
- 6 ketul paha ayam
- 1 tin sup tomato basil (jenama Marks & Spencer)
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
- Parsley (untuk hiasan)
- Lapkan paha sehingga kering.
- Tambahkan garam dan lada hitam dan perap selama 5 minit.
- Dalam kuali, panaskan minyak dan letakkan bahagian kulit ayam terlebih dahulu.
- Tutupkan kuali dengan pembalut aluminium dan letakkan sesuatu yang berat di atas ayam (Anda boleh menggunakan periuk.)
- Masakkan ayam selama 10 minit atau sehingga kulit menjadi perang keemasan dan rangup.
- Terbalikkan ayam dan tambahkan sup. Renehkan selama 15 minit.
- Tambahkan garam dan lada hitam mengikut cita rasa anda. Hiaskan dengan parsley.
4. Smoked Paprika Roasted Corn Cheese Dip
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan jagung
- 1 sudu besar serbuk smoked paprika
- 1/2 pek sapuan keju
Cara-cara
- Dalam kuali non-stick, masakkan jagung tanpa menggunakan minyak sehingga menjadi sedikit hangus.
- Pindahkan ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk paprika, garam, lada hitam dan sapuan keju. Gaul sehingga sebati.
- Tambahkan perasa mengikut cita rasa anda.
5. Caramelised Onions & Peppers
Bahan-bahan
- 8 biji bawang kuning (dihiris halus)
- 1/2 biji lada benggala kuning
- 1/2 biji lada benggala hijau
- 1 sudu besar gula merah
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan bawang kuning dengan sedikit garam dan lada hitam.
- Tutupkan kuali, masakkan bawang pada api yang sederhana selama 10 hingga 15 minit. Kacau setiap 5 minit.
- Masukkan lada benggala dan masakkan selama 10 minit.
- Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
6. Homemade Cajun Chips
Bahan-bahan
- 6 biji kentang Holland
- 1 1/2 sudu kecil oregano kering
- 1 1/2 sudu kecil serbuk cayenne pepper
- 1 1/2 serbuk smoked paprika
- Garam (secukup rasa)
- Lada hitam (secukup rasa)
- Kupaskan kentang dan hiris nipis.
- Gorengkan kentang sehingga perang keemasan.
- Sebaik sahaja digoreng, taburkan garam, lada hitam, cayenne pepper dan paprika.
Setelah siap semua hidangan anda siap, inilah hasilnya. Mudah sahaja dan paling penting sekali, sangat enak! Lebih-lebih lagi jika dinikmati dengan taco shells dan tortilla wrap. :D
Sumber resepi: @ihsanlikestoeat
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!