Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kobis Goreng 'Crispy'. Tak Sampai RM10 Pun!
Jom cuba hasilkan resepi snek kobis goreng yang paling mudah ini!
Apabila meminum kopi atau teh pada waktu petang, anda pasti tercari-cari snek untuk dinikmati sekali bukan?
Tetapi dalam masa yang sama, anda tidak mahu menyediakan sesuatu yang terlalu leceh atau susah. Oleh itu, resepi bunga kobis goreng rangup ini patut menjadi pilhan anda.
Bukan sahaja lebih sihat kerana hanya menggunakan sayur, malah mempunyai rasa rempah ratus yang mantap. Modal untuk menyediakan snek ini pun tidak mencecah RM10. Jom cuba? :D
Untuk resepi kobis goreng crispy dan lazat, ikuti perkongsian pengguna Facebook Pari Malar Thoraisingam yang telah mendapat sebanyak 6.5k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- Bunga kobis (dipotong)
- ½ sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 8 sudu tepung jagung
- 6 sudu tepung beras
- Garam dan gula (secukup rasa)
- Perencah ayam atau serbuk perasa (optional)
- 2 sudu tepung suji / semolina
Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:
6. Masukkan tepung suji. Pastikan semua bunga kobis disalut dengan rata.
Apabila kobis bunga goreng sudah siap, inilah hasilnya. Crispy, penuh rasa rempah ratus dan confirm sedap! :D
Sumber resepi: Pari Malar Thoraisingam
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!