makan

Ini Cara Hasilkan Mee Hailam Dengan Mudah & Cepat. Wajib Cuba!

Settle dah kalau jenis sediakan lunch dan dinner last minute. :)

Cover image via Cik Puan Yaya (Facebook)

Hari-hari masak, sampai dah taktau nak masak apa...
Apa kata kita cuba Mee Hailam? Yang selalu sediakan lunch atau dinner last minute tu, boleh la cuba resepi ini, sebab senang dan cepat. Expressss!

Image via Pinterest

Cuba bayangkan Mee Hailam panas-panas, berkuah pedas manis. Umph, nikmatnya! Senang pun senang... Tunggu apa lagi? Jom sediakan bahan dan ikuti resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Cik Puan Yaya.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 10 biji cili kering (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 bungkus mee kuning (dicuci bersih)
  • 2 sudu cili sos
  • 2 sudu cili sos tiram
  • Kicap manis
  • 2 sudu kicap mee
  • Kiub ayam
  • 1 sudu lada hitam
  • Sayur sawi
  • Daging (direbus lembut)
  • Air rebusan daging
  • Fish cake

Cara penyediaan:

1. Cuci mee kuning sehingga bersih.
2. Kisarkan bahan kisar seperti bawang putih, bawang besar dan cili kering sehingga lumat.
3. Rebuskan daging sehingga lembut. Jangan dibuang air rebusan.
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. 

5. Masukkan daging yang telah direbus.
6. Kemudian, masukkan fish cake. 
7. Letakkan kicap mee, kicap manis, sos cili, kiub ayam dan perasa.
8. Masukkan lada hitam yang ditumbuk hancur.
9. Akhir sekali, masukkan mee dan sayur sawi. Gaul rata, siap! 

Sedia untuk dihidang... Selamat menjamu selera!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang sedap dan senang?

Jom check out gajet dapur yang senangkan kerja-kerja memasak:

Amalkan tips-tips dapur ini: