Aqil Zulkiflee Tampil Pertahan MommyHana, Kongsi Kisah Realiti Pengkhianatan Rakan Bisnes

Aqil juga mengingatkan pengguna perlu mengambil kira kredibiliti individu di sebalik sesebuah jenama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aqilzulkiflee (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee menjadi perhatian ramai selepas memuat naik beberapa hantaran di Threads yang mempertahankan jenama suplemen kanak-kanak MommyHana

Dalam siri hantaran tersebut, Aqil berkongsi pandangannya mengenai kepentingan pengguna mengenali latar belakang sesebuah jenama, selain mendakwa pernah membantu seorang individu yang kini menjalankan perniagaan produk seumpama itu.

Menurut Aqil, pengguna bukan sahaja perlu melihat kandungan sesuatu produk, malah perlu mengambil kira kredibiliti individu di sebalik sesebuah jenama.

"Kalau nak makan apa-apa supplement, benda pertama kena check ingredient. Kedua, kena check founder,kene check brapa lama dalam pasaran" tulisnya.

Beliau turut mendakwa individu berkenaan pernah menerima pelbagai bentuk bantuan daripadanya sebelum memilih untuk membina perniagaan sendiri.

SAYS.com
Image via @aqilzulkiflee (Threads)

Produk MommyHana sudah berada di pasaran selama lebih 10 tahun

Selain berkongsi pengalaman tersebut, Aqil menegaskan bahawa MommyHana merupakan jenama yang telah lama berada di pasaran dan mempunyai rekod yang kukuh.

Menurutnya, produk MommyHana sudah berada di pasaran selama lebih 10 tahun serta diedarkan di lebih 300 farmasi di seluruh Malaysia.

Beliau turut memuat naik beberapa perkongsian pelanggan yang mendakwa berpuas hati menggunakan produk MommyHana sebagai sokongan terhadap kenyataannya.

Hantaran berkenaan menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada pengguna media sosial yang memberikan pelbagai reaksi.

Sehingga kini, individu yang dirujuk dalam hantaran tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan yang dibuat oleh Aqil.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: