Guna 5KG Arang, Melinda Looi Ambil Masa 1,000 Jam Cipta Busana AJL40 Aina Abdul
Gunung berapi juga adalah simbol kepada emosi yang sangat kuat.
Cover image via @ainaabdul (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Melinda Looi, pereka fesyen tersohor telah mencetuskan fenomena dengan rekaan busana buat Aina Abdul
Busana dengan motif 'Gunung Berapi' ini telah dipakai oleh Aina Abdul ketika Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) baru-baru ini.
Membelakangkan norma penggunaan manik dan renda, Melinda Looi menggunakan lima kilogram arang sebenar untuk menghasilkan busana ikonik ini khas untuk Aina Abdul.
Menurut laporan dari Bernama, karya agung ini mengambil masa hingga 1,000 jam untuk disiapkan dan ia bukan sekadar pakaian persembahan biasa.
Pakaian ini adalah naskhah seni yang menunjukkan tenaga, haba dan kuasa alam melalui simbolik gunung berapi serta aliran lahar.

Pertaruh lima kilogram arang sebenar dan 1,000 jam untuk siap
Menurut Melinda Looi, penggunaan arang ini tercetus selepas pemenang Persembahan Terbaik AJL40 meluahkan hasrat mahu menjadi sebagai sebuah gunung berapi.
"Apabila dia (Aina) memberitahu saya bahawa dia mahu menjadi sebuah gunung berapi, saya terus mencadangkan penggunaan arang sebenar, bukan plastik untuk menghasilkan penampilah tersebut," katanya.

"Saya turut menambah cat akrilik dan manik berwarna lava (lahar) bagi menggambarkan aliran lava yang menuruni gaun atau gunung berapi itu. Penghasilan kesan sebegini tidak sukar bagi saya dan pasukan kerana kami memang gemar mencipta sesuatu yang unik dan luar biasa," katanya lagi.

Busana ini menggunakan pelbagai material seperti sequin mesh, metallic lurex polyester, kapas, gam lateks dan stirofoam abgi membentuk tekstur menyerupai batuan gunung berapi, lava cair dan serpihan mineral.
Tambah Melinda, dia mahukan kostum itu kelihatan hidup dan bergerak seolah-olah lava itu sendiri mengalir pada tubuh Aina. Gunung berapi juga adalah simbol kepada emosi yang sangat kuat sesuai dengan emosi yang ingin diterjemahkan melalui kostum untuk lagu 'KAMU'.
Aina Abdul telah dinobatkan Anugerah Persembahan Terbaik AJL40 serta memenangi Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dan juga mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


