1.68 Juta Lelaki Malaysia 'Mati Pucuk’ Tapi Malu Nak Mengaku
Masalah ini tidak patut dipandang remeh. Kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit tidak perlu malu untuk berjumpa dengan pakar.
Menurut presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho, kira-kira 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED) juga dikenali sebagai masalah tenaga batin
Bagaimanapun, katanya kebanyakan mereka keberatan atau takut berjumpa pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan yang diperlukan
"Terdapat banyak cabaran untuk merawat ED terutamanya akibat keengganan mereka berbincang secara berterus terang tentang masalah itu atau dihalang oleh kepercayaan berasaskan budaya dan set minda," katanya.
themalaysianinsider.comHo berkata keadaan psikologi dan emosi seperti tekanan, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED
"Rawatan ED tidak patut dipandang remeh...kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit hanya perlu berunding dengan doktor tentang bentuk rawatan yang perlu dilakukannya," kata Ho.
themalaysianinsider.comPesakit ED tidak perlu malu kerana ahli farmasi bersedia mengadakan perbincangan peribadi mengenai pilihan bagi seseorang pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan bagi masalah ED
Sementara itu, masalah lemah tenaga batin ini bukan sahaja memberi kesan kepada suami malah kesannya turut dirasai oleh isteri dan memberi kesan negatif dalam hubungan suami isteri
Apabila disebut masalah lemah tenaga batin, ramai beranggapan ia masalah lelaki saja. Tidak, ia bukan masalah yang khusus untuk lelaki kerana kesannya turut dirasai oleh isteri. Lemah tenaga batin boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan masalah keyakinan diri yang secara tidak langsung memberi kesan negatif khususnya dalam hubungan suami isteri.
hmetro.com.mySebagai seorang isteri adalah penting untuk bersama-sama menyelesaikan masalah dan meringankan penderitaan yang dihadapi oleh suami
Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, isteri yang mengambil mudah tentang perkara ini boleh mengakibatkan masalah dihadapi suami menjadi lebih teruk
“Perlu diketahui juga, di dalam Islam sendiri membolehkan isteri bertindak membantu alat sulit suami itu kembali sihat dengan beberapa cara bersesuaian,” ujarnya.
hmetro.com.mySebagai isteri, anda tidak sepatutnya hanya menunggu dan menyalahkan si suami sahaja. Cari dan ketahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi suami.
Menurut Dr Ismail, Isteri perlu membantu suami yang mengalami masalah ED dengan memberi rangsangan bagi menjadikan alat sulit itu menjadi aktif.
Namun, apa juga kaedah dan bantuan yang diberikan isteri aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kuman terhadap alat sulit suami itu.
Selain itu, isteri juga boleh memujuk pasangannya bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya sebelum terlewat
“Ini kerana keadaan ini boleh dirawat dengan berkesan dan lemah tenaga batin juga antara tanda dan kesan kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa.
“Jika masalah kesihatan dikesan dan dirawat dengan cepat dan berkesan, masalah lemah tenaga batin boleh diatasi dan dapat diselesaikan,” katanya.
Sekiranya isteri sudah membantu namun alat sulit suami masih tidak aktif, sudah tiba masanya untuk mendapatkan rawatan khusus
“Dalam hal ini juga peranan isteri amat diperlukan dengan memujuk dan pergi bersama-sama suami ke pusat rawatan berhampiran bagi membolehkan rawatan diberikan," jelas Dr Ismail.
hmetro.com.my