seismik

10 Hari Bertarung Nyawa, Individu Pertama Maut Akibat Keracunan Puding Buih

Al-Fatihah.

Cover image via Kita Reporters

Sebelum ini, media melaporkan seramai 99 individu telah menjadi mangsa keracunan makanan puding buih

Image via m-update

Mangsa dari Kuala Terengganu dan Marang telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Keracunan itu dipercayai berlaku apabila telur tamat tempoh digunakan dalam pembuatan puding buih berkenaan.

Terbaru, seorang wanita berusia 25 tahun telah disahkan maut selepas menjadi mangsa keracunan makanan tersebut

Image via Berita Harian

Memetik laporan, mangsa berusia 25 tahun dari Marang telah menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) jam 10.40 pagi, akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Untuk rekod, mangsa telah 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas makan puding buih yang dibeli secara atas talian pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, Jabatan Kesihatan Terengganu sudah membuat siasatan dan mengetahui punca

Image via Berita Harian

Jelasnya, susulan daripada kes keracunan makanan itu,  tindakan terhadap peniaga telah diambil pada ketika ini.

"Tindakan kepada peniaga juga sudah diambil. Cuma nasihat saya kepada peniaga makanan di seluruh negara supaya menitik berat aspek kesihatan, terutama pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Mesti bersih bagi memastikan tidak ada apa-apa penyakit.

"Selain itu, jangan gunakan barang yang sudah tamat tempoh kerana ini membabitkan nyawa manusia. Kita tidak tahu walaupun penyakit ini nampak biasa dan tidak membawa maut tetapi apa-apa boleh berlaku," katanya.

Semoga perkara ini menjadi iktibar buat peniaga-peniaga lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: