seismik

100 ‘Malaysian Slang’ Popular Dipamerkan Di The LINC KL Sempena Sambutan Hari Bersejarah!

100 perkataan ini dipamerkan di pusat membeli-belah tersebut sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 dan Hari Malaysia ke-57.

Cover image via The LINC KL

“Aiseyman”, “Walao Eh”, “Gostan”, Bojio”

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Smart Local

Untuk anda yang mungkin masih belum tahu, di atas merupakan antara perkataan-perkataan daripada ‘Malaysian Slang’ yang sering didengari tapi ada juga segelintir individu yang kurang faham maksud di sebaliknya.

Oleh itu, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, The LINC KL dengan kerjasama MySlangBank bakal menganjurkan satu pameran yang bertemakan #MySlangMYPride!

Inilah masa yang terbaik untuk anda belajar slang-slang yang mungkin sebelum ini sukar untuk difahami.

Image via The LINC KL
Image via The LINC KL
Image via The LINC KL
Image via The LINC KL

Pameran ini direka oleh sekumpulan pereka grafik, pengarah seni dan penulis My Slang Bank memperolehi inspirasi dari kenangan zaman kanak-kanak, cerita dongeng tempatan dan unsur-unsur budaya rakyat Malaysia.

Melalui pameran ini, orang ramai turut dijemput untuk menyumbangkan perkataan-perkataan “Malaysia Slang” kegemaran mereka. Pameran ini merangkumi 100 perkataan ‘Malaysian Slang’ yang sering digunakan oleh hampir semua rakyat Malaysia setiap hari tanpa mengira kaum dan ia merupakan identiti kebangsaan yang unik dan harus dihargai.

Bukan setakat itu sahaja, ada juga aktiviti lain yang dianjurkan bermula dari 15 Ogos hingga 20 September 2020 di The LINC KL.

Antaranya:

1. Penebusan Pelapik Cawan Eksklusif dengan setiap pembelian RM30 dari mana-mana kedai di The LINC KL. Terdapat 4 rekaan untuk dipilih dan tertakhluk kepada terma & syarat.
  • Tempoh Penebusan: 15 Ogos - 20 September 2020
  • Masa: 10am – 10pm
  • Lokasi: Kaunter Penebusan, Tingkat 1 (berdekatan dengan Tealive)
2. Sertai Bengkel Seni & Kraf Hujung Minggu untuk menghasilkan karya seni sendiri dan bawa pulang sebagai hiasan. Ia bakal dikendalikan oleh tukang kraf dan pengajar yang berpengalaman. Jika berminat boleh mendaftarkan diri di https://www.eventbrite.sg/o/the-linc-kl-27746623229.

3. Penebusan satu Pas Bengkel Seni & Kraf untuk menyertai bengkel seni secara percuma dengan setiap RM63 pembelian dalam satu resit. Tertakhluk kepada terma & syarat.

Jom sokong jenama dan usahawan tempatan di Pop-up Market Bazar Hujung Minggu kami. Dari barang buatan tempatan, hasil krafttangan, fasyen pakaian, aksesori buatan sendiri dan banyak lagi – semuanya ada di sini, termasuk persembahan Live Muzik Buddey Buskers.

Tarikhnya seperti di bawah:

  • Malaysian Makers Artisan Bazaar: 21-23 Ogos 2020 (Jumaat – Ahad), 11am – 9pm, Halaman Tengah & Dalam Bangunan, Tingkat 1.
  • Merdeka Slang Showcase Pop Up Market: 28-31 Ogos 2020 (Jumaat – Isnin), 11am – 9pm, Halaman Tengah & Dalam Bangunan, Tingkat 1.
  • Traders Market: 11-13 September 2020 (Jumaat – Ahad), 11am – 7pm, Halaman Tengah, Tingkat 1.
Image via The LINC KL
Image via The LINC KL
Image via The LINC KL

Menarik bukan?

Apa tunggu lagi?

Jom jumpa di The LINC KL! :D

Image via The LINC KL
Image via The LINC KL
Image via The LINC KL
Image via The LINC KL

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: