11 Itinerari Dan Aktiviti Menarik Yang Anda Wajib Buat Di Sydney. Confirm Syok Habis!
Jangan miss out satu pun antara semua tempat ini ok!
Bila sebut pasal Sydney, perkara pertama yang ada dalam fikiran mestilah Sydney Opera House, betul tak? Memang tak sah kalau tak pergi sana!
Kalau anda mempunyai rancangan untuk bercuti ke Sydney, New South Wales bersama keluarga atau rakan, ini antara 11 tempat yang anda WAJIB kunjungi ketika di sana. Mungkin boleh selitkan semua tempat ini di dalam itinerari anda. Pastikan jangan terlepas!
Maklumlah, bukan selalu dapat berkunjung ke Sydney. Mestilah kita harus gunakan semua masa yang ada untuk enjoy!
1. Taronga Zoo
Kalau anda ingin melihat haiwan unik yang terdapat di Australia, boleh bawa keluarga ke Taronga Zoo. Zoo ini terdapat 4 ribu haiwan yang terdiri daripada 350 spesies.
Anda boleh jimat sebanyak 20% jika anda buat pembelian tiket online di website Taronga.org.au. Tiket sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pembelian. Jadi belilah online untuk lebih jimat.
Untuk pengetahuan anda, Taronga Zoo lebih mudah diakses menaiki feri dari Darling Harbour dan Circular Quay ke Wharf Ferry Taronga. Pelancong juga boleh menaiki bas atau kereta api. Mengikut keselesaan masing-masing.
2. Bondi Beach
Ini antara lokasi yang popular dan menjadi kegemaran warga Sydney. Jika ada ingin berkunjung ke pantai ini di waktu petang pun boleh. Layan matahari terbenam pun cantik juga, boleh post dalam Instagram!
3. Luna Park
Kalau anda merupakan 'kaki' taman tema, boleh berkunjung bawa satu keluarga ke Luna Park, Sydney. Memang best sangat, tak cukup satu hari dalam taman tema ini.
Seperti biasa, jika anda inginkan tiket lebih murah, boleh beli online di laman web LunaParkSydney.com. Pakej keluarga turut disediakan dengan harga yang berpatutan.
4. Surry Hills
Ini pula tempat untuk anda yang suka shopping. Banyak sangat kedai baju untuk anda kunjungi. Tapi kalau nak jimat, boleh juga cafe hopping. Antara kafe menarik yang anda perlu pergi adalah:
- Paramount Coffee Project
- Single Origin Rosters
- Bourke Street Bakery
5. Cockatoo Island
Cockatoo Island telah diwartakan sebagai Unesco World Heritage yang bertempat di antara sungai Parramatta dan Lane Cove di Sydney Harbour, New South Wales Australia.
Anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati panorama yang indah di sekitar pulau. Jangan risau, tiada bayaran masuk untuk ke Cockatoo Island. Untuk ke sini, anda boleh mengambil feri antara Woolwich - Balmain.
6. Royal Botanic Garden
Di Royal Botanic Garden anda berpeluang untuk melihat tumbuh-tumbuhan unik yang terdapat di Australia. Taman seluas 30 hektar ini mempamerkan spesies tumbuhan yang sukar untuk ditemui di tempat lain iaitu pokok Wollemi Pine -the ‘Dinosaur Tree’.
7. The Blue Mountains
Kalau anda tidak menggemari tarikan yang ada di bandar, bolehlah berkunjung ke The Blue Mountains ini. Anda boleh menaiki keretapi dari pusat bandar Sydney ke stesen Katoomba dan perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam. Kemudian dari Katoomba ke Echo Point, anda perlu ambil bas bernombor 686.
Selain itu, di The Blue Mountains juga anda berpeluang untuk melihat pemandangan Three Sisters di Echo Point Lookout, menaiki kereta kabel yang lantainya kaca ke Scenic World, melihat landasan keretapi tercuram di Australia (Australia's highest cable car) serta persembahan tarian puak Aborigine di Waradah Aboriginal Centre.
8. Ferry Cruise
Feri ini akan membawa anda bersiar-siar di sekitar Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, dan juga beberapa tempat lain. Terdapat beberapa pakej berbeza yang anda boleh pilih seperti:
- Leisure Cruise
- Sunset Cruise
- Dinner Cruise
Boleh check tiket di sini: Vivid Sydney Festival Ticket
9. Paddy's Market
Paddy's Market merupakan flea market yang terbesar di Sydney dan terdapat 2 lokasi yang berbeza. Market ini dibuka pada hari yang berbeza. Manakala Paddy's Haymarket terletak berdekatan dengan China Town.
Ianya dibuka setiap hari Rabu hingga Ahad. Di sini, anda boleh membeli ole-ole yang dijual bermula dari baju, aksesori, permainan, keychain dan pelbagai lagi pilihan yang menarik!
Info lanjut dan cara untuk ke Paddy’s Market boleh di rujuk link di bawah: PaddysMarket.com.au.
10. Sydney Fish Market
Sydney Fish Market merupakan pasar basah yang menjual seafood segar. Di sini anda boleh cuba Oyster yang segar dengan harga yang berpatutan. Selain itu, ada juga seafood chowder yang boleh anda nikmati. Sydney Fish Market ini dibuka pada jam 7 pagi setiap hari dan anda masih boleh berkunjung ke sini di waktu petang kerana masih ramai peniaga yang menjual seafood sehingga jam 4 petang!
Bukan itu sahaja, anda boleh nikmati seafood yang begitu fresh untuk makan malam di Fisherman's Wharf Restaurant yang dibuka setiap hari sehingga jam 11 malam.
11. Sydney Opera House
Akhir sekali adalah Sydney Opera House! Tempat yang WAJIB dikunjungi jika anda ke Sydney. Tempat ini merupakan mercu tanda negara ini dengan seni bina bangunannya yang begitu unik.
Selain itu, ada juga beberapa tempat menarik lain yang pelancong boleh lawati apabila berada di Sydney Opera House termasuk pengalaman makan malam di tempat yang super awesome!
Begitu juga dengan jambatan yang menjadi kemegahan penduduk Sydney iaitu Sydney Harbour Bridge yang diwartakan sebagai salah satu jambatan keluli terbesar di dunia!
Excited nak berkunjung ke Sydney, Australia bersama keluarga tersayang? Jangan risau tentang harga sebab...
Kini anda boleh mendapatkan tiket penerbangan ke Sydney, Australia dengan harga yang lebih murah! Tiket pergi dan balik serendah RM1,979 sahaja.
Anda boleh mendapat sehingga 30kg bagasi ketika daftar masuk dan 40kg untuk Business Class. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati in-flight meal yang enak disediakan mengikut keperluan diet anda.
Tempah sekarang untuk percutian yang lebih bermakna bersama keluarga dan yang tersayang hanya dengan Malaysia Airlines!
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Destinasi: Sydney, Australia
Harga promosi:
- All-In Return Fare - Economy Class | RM1,979
- All-In Return Fare - Business Class | RM4,299
Apa tunggu lagi, book tiket anda dan terbang ke Sydney, Australia bersama Malaysia Airlines! :)
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web MAS di link ini: Malaysia Airlines untuk menikmati harga tiket lebih murah untuk ke Sydney! :)