seismik

11 Usahawan Di Malaysia Tersenarai Dalam 'Forbes 30 Under 30 Asia' Pada Tahun Ini. Syabas!

Usahawan-usahawan dari Malaysia ini adalah antara 300 orang dari 23 negara di Asia Pasifik yang tersenarai. Terbaiklah!

Cover image via SAYS Seismik

11 orang usahawan dari Malaysia telah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2019 pada tahun ini. Mereka juga antara 300 orang dari 23 negara di Asia Pasifik yang berjaya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maskulin MY

Seperti yang sedia maklum, pada setiap tahun sememangnya majalah perniagaan terkenal iaitu Forbes akan menyenaraikan sebanyak 300 orang usahawan dari 23 buah negara di Asia Pasifik untuk disenaraikan di bawah Forbes 30 Under 30.

Seperti tahun lalu, antara usahawan di Malaysia yang berjaya menaikkan nama mereka dan tersenarai di bawah Forbes 30 Under 30 ini adalah Datin Vivy Yusof dan juga Neelofa.

Datin Vivy Yusof.

Image via YouTube

Neelofa.

Image via Malay Mail

Syabas buat Datin Vivy Yusof dan Neelofa kerana pernah tersenarai!

Forbes turut menyatakan bahawa kumpulan bakat muda itu dipilih daripada lebih 2,000 penyertaan

Kuala Lumpur, Malaysia.

Image via One Big Photo

Menurut laporan, pemilihan mereka dilakukan oleh sekumpulan wartawan dan kerja-kerja mereka juga dinilai oleh panel hakim termasuklah dari segi inovasi teknologi.

Usahawan Malaysia terbabit tahun ini ialah Aaron Patel, Bobby Ong, TM Lee, Chris Khristie, Michelle Tan, Jin Xi Cheong, Joolin Chuah, Kendrick Wong, Melvin Poh, Sarah Chen dan Wen Shin Chia.

Ingin mengenali siapakah usahawan-usahawan muda yang sememangnya hebat ini?

Image via SAYS

Lihat senarai penuh di bawah:

1. Aaron Patel

Image via BFM

Aaron Patel ialah seorang Ketua Pegawai Eksekutif iHandal Energy Solutions, firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian.

2. Bobby Ong & TM Lee

Bobby Ong & TM Lee

Image via First Classes

Mereka berdua adalah pengasas bersama CoinGecko, penggabung data mata wang kripto yang menjejak statistik harga, volum, sosial dan pemaju. Syarikat ini bekerjasama dengan Western University di Kanada dan Humboldt University di Berlin dalam menghasilkan mata wang kripto.

3. Chris Khristie & Michelle Tan

Chris Khristie & Michelle Tan

Image via First Classe

Mereka berdua merupakan pengasas bersama kumpulan media digital popular yang dikenali sebagai INFLUASIA. Syarikat tersebut memenuhi keperluan masyarakat berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin Malaysia melalui portal mereka iaitu: World Of Buzz, Lobak Merah, dan NOODOU.

4. Jin Xi Cheong

Image via First Classe

Jin Xi Cheong merupakan engasas Poladrone. Ianya adalah sebuah syarikat yang menggunakan dron dalam industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang tanaman di Malaysia.

5. Joolin Chuah

Image via First Classe

Joolin Chuah merupakan rakan sekutu dalam Insignia Ventures Partners dan turut memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan pada tahun 2018. Ianya termasuklah syarikat pemula niaga yang menjanjikan seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox.

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga turut dikenali sebagai penasihat untuk kebanyakan usahawan di Asia Tenggara serta menjadi ahli lembaga pengarah Finhay iaitu sebuah platform penasihat robo yang terletak di Vietnam.

6. Kendrick Wong

Image via First Classe

Kendrick Wong merupakan pengasas bersama Omnilytics. Ianya adalah satu platform analisis fesyen yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata bagi 75,000 jenama. Perkhidmatan data besar Omnilytics digunakan oleh peruncit di seluruh dunia serta pelanggan pasaran kewangan.

7. Melvin Poh

Image via First Classe

Melvin Poh merupakan pengasas bersama The Asian Entrepreneur iaitu penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 buah negara.

Malah, baru-baru ini, The Asian Entrepreneur turut bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, Macau dan Korea Selatan bertujuan untuk memulakan beberapa komuniti dan acara syarikat pemula niaga.

8. Sarah Chen

Image via First Classe

Sarah Chen merupakan pengasas bersama The Billion Dollar Fund Women. Matlamat utama adalah bagi menangani jurang pembiayaan jantina yang dihadapi oleh pengasas wanita.

Dana itu berharap dapat melabur $1 bilion dalam syarikat pemula niaga yang didorong oleh wanita menjelang 2020. Malah, ia juga telah memperoleh lebih $750 juta dari pelabur global termasuk Gobi Partners, Golden Gate Ventures, Rethink Impact, Capital Growth Capital, Backstage Capital dan Funds Different.

9. Wen Shin Chia

Image via First Classe

Wen Shin Chia merupakan pengasas Green Yards iaitu syarikat ekoproduk yang membuat sabun dan lilin daripada minyak masak yang telah dikitar semula.

Syarikat itu memperoleh sumber minyak dari restoran dan isi rumah Malaysia. Mereka juga turut menjual produk secara dalam talian dan di kedai hadiah.

Syabas buat 11 usahawan dari Malaysia ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: