"Lawanya Make Up You!" - Cuba 13 Produk Kecantikan Ini Untuk Solekan 'On Point' Pagi Raya!
Take note, ladies! Kalau nak selfie dapat beribu 'likes'. Hehe.
Eh, dah nak raya! Ya Ampun, tak sabar betul nak balik kampung. Tahun ini macam terlebih excited pula.
Baju raya, kuih raya semua dah tersedia. Tapi kulit muka masih kusam dan tidak berseri. Takkanlah pagi raya nanti orang lain semua meletop tapi kita je yang masih sama dengan kulit tak bermaya bukan? Ala, tak bestlah raya macam ni.
Jom check out antara produk kecantikan yang bakal membuatkan anda tampak lebih cantik, berseri dan meletop pagi raya nanti!
1. SNP Jade Soothing Ampoule Mask
Sebelum tidur, jangan lupa untuk menggunakan face mask. Barulah esok bila bangun muka akan tampak lebih segar dan berseri. Kami cadangkan anda untuk cuba sendiri SNP Jade Soothing Ampoule Mask ini. Diformulasikan dengan ekstrak teh hijau dan sodium hyaluronate. Ia membantu untuk melembut, melembab serta mencerahkan kulit yang kusam. Ia juga bagus untuk kulit yang sensitif.
2. Dr.G Aquasis Water Soothing Gel Cream
Kalau nak makeup nampak kemas dan smooth, penting untuk anda gunakan pelembap kulit wajah terlebih dahulu. Barulah foundation yang tidak bercapuk dan cakey. Kami cadangkan untuk anda mencuba sendiri produk Dr. G Aquasis Water Soothing Gel Cream ini.
Apa yang bagusnya, ia mengandungi Aqua Soothing Water yang meningkatkan kelembapan selama lebih dari 48 jam. Krim bertekstur water gel ini memang tak melekit, ringan dan terus menyerap lepas apply pada kulit wajah. Bila keluar beraya waktu panas terik dan muka akan kemerah-merahan sebab sunburn, tak perlu risau dah sebab produk ini boleh membantu untuk mengurangkan kerengsaan kulit.
3. Primer Plus + Skin Adaptor Anti-Pollution dari GOSH
Penat make up berjam-jam di pagi raya tu, mestilah anda inginkan make up yang tahan lama dan nampak sekata bukan? Inilah masanya untuk menjadikan Gosh Primer Plus + Skin Adaptor Anti-Pollution sebagai penyelamat! Gosh Primer ini sesuai untuk semua jenis tona kulit dan akan bagi kulit muka nampak lembut, sihat dan glowing.
4. Cyber Colors SPF50+PA++++ Black Label Essence Cover Stick Foundation
Ini antara produk kesukaan kami. Ianya senang untuk dibawa ke mana-mana sebab foundation ini jenis stick. Selain itu, teksturnya yang creamy boleh beralih kepada tekstur powder untuk jadi kemasan matte finish. Nak blend pun sangat mudah dengan berus yang disediakan. Nak dijadikan sebagai concealer atau base sebelum pakai lipstick pun boleh.
5. Cyber Colors Anti-Shine Prime Powder
Selalunya bila make up, orang akan lebih pentingkan contouring atau highlight dan selalu lupa untuk 'baking'. Bagi yang masih belum tahu, 'baking' penting untuk set foundation dan concealer, terutamanya di bahagian bawah mata. Pilihan kami mestilah Cyber Color Anti Shine Prime Powder ini. Bedak ini boleh dijadikan sebagai primer, di mana ia akan memudarkan garisan halus, kedutan dan liang pori. Teksturnya yang ringan akan nampakkan make up lebih natural, segar dan tahan lama.
Memang flawless habis wajah pada Hari Raya nanti.
6. Cyber Colors Glam Eye Foil
Eyeshadow jenama Cyber Colors Glam Eye Foil ini memang terbaik!
Kesan shimmer dan glitter ini boleh buatkan mata anda nampak menyerlah. Kalau rasa nak glamor pada Hari Raya nanti, bolehlah cuba eyeshadow ini. Memang senang nak apply, guna jari pun boleh. Tak perlu susah-susah nak blend dengan berus.
Kod-kod warna pun memang ngam. Kalau rasa nak nampak bold, pilihlah kod #02 Metallic Bronze, kalau nak nampak manis-manis, boleh try kod #03 Rose Gold.
7. theBalm What’s The Tea? Eyeshadow Palette
Ini pula adalah eyeshadow palette pertama dari theBalm yang lengkap dengan primer. Bukan satu, tapi dua primer dan ada 9 warna eyeshadow berbeza yang memang pigmented.
Nampak tak? Calit sikit je dah lekat. Kami cadangkan sebelum pakai eyeshadow, apply terlebih dahulu primer ini untuk hasil yang gempak dan pemakaian yang tahan lama. Kami dah cuba, anda bila lagi?
8. Anas Ultra Madness Mascara
Rasanya tak lengkap solekan mata tanpa mascara kan? Mascara penting untuk membuatkan mata nampak stand-out. Kalau tak pakai eyeshadow, pakai mascara je pun dah nampak wow! Lepas ini, kalau anda nak beli mascara, boleh cuba Anas Ultra Madness Mascara ini sebab memang terbaik!
Sesuai dengan namanya, Anas Ultra Madness Mascara ini memang pakar dalam memanjang, melentik dan melebatkan bulu mata. Paling menarik, ianya direka dengan berus ‘bristles‘ panjang yang mampu meliputi setiap helai bulu mata dalam menghasilkan kelebatan maksima dengan hanya sekali sapuan. Tak bergumpal langsung. Nampak kemas dan cantik.
9. Gosh Strobe ‘N Glow #002 Blush
Hanya satu produk, tapi anda dapat 4 warna. Highlight Gosh Strobe ‘N Glow ini memang salah satu produk yang terbaik. Kod #002 untuk highlighter ini datang dengan empat gabungan warna serba glamor iaitu warna holografik putih merah jambu, dua warna shiny coral dan satu lagi warna matte merah jambu tua. Tekstur Gosh Strobe ‘N Glow ini lembut dan creamy. Bukan sekadar highlighter, tapi kalau nak dijadikan sebagai eyeshadow dan blusher pun boleh. Senang nak angkut bila balik kampung.
10. Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter
Ni satu lagi highlighter yang kami memang suka. Senang cerita, kalau apply je Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter ini, satu batu jauh orang dah boleh nampak. Tekstur yang creamy tapi tak melekit dan tak nampak over. Kira akan buatkan make up anda tampak lebih 'on-point.'
Lagi satu tips, kalau nak glowing satu wajah, boleh drop satu titik Gosh Lumi Drops Illuminating Highlighter dalam foundation. Mesti glowing habis raya nanti!
11. ARTDECO Full Matte
Lepas dah siap pakai foundation, eyeshadow, highlighter semua, akhir sekali mestilah kena sempurnakan make up dengan lipstick. Sekarang ini, trend make up matte tengah hot! Produk ini juga salah satu produk kesukaan kami. Nak tahu apa?
ARTDECO Full Matte ini mempunyai tekstur yang lembut dan sangat pigmented. Cepat kering menjadi kemasan matte dan tahan lama. Tapi, ia takkan mengeringkan bibir. Cubalah sendiri!
12. ** Color Combos Be You Lip Gloss**
Akhir sekali, sempurnakan wajah anda dengan lipgloss. Untuk pengetahuan anda, Color Combos Be You Lip Gloss ini sebenarnya mempunyai tekstur matte. Tapi ia sangat lembut dan selesa dipakai. Sesuai kalau anda nak pakai bila-bila masa pun sebab ia tak mengeringkan bibir dan tahan lama. Yang penting, ia diformulasikan untuk mengekalkan kelembapan pada bibir dan tidak mengandungi paraben. Selamat!
13. Marina De Bourbon Crystal Royal Rose EDP
Kulit dah cantik, make up dah on-point, mestilah kena wangi-wangi kan? Kami ingin memperkenalkan perfume yang memang wangi dan bau mewah. Marina De Bourbon Crystal Rose EDP ini adalah wangian dari Perancis dan juga dicipta di Paris. Malah, duta wangian ini adalah Princess Marina de Bourbon Parme sendiri. Memang kalau sembur perfume ini mesti orang tertanya-tanya perfume jenama apa sebab bau yang memang mewah, klasik dan elegan.
Mana nak dapatkan semua produk awesome ini? Senang aje, pergi SASA!
Produk-produk awesome ini semuanya ada di SASA. Segala macam produk kecantikan, alat kosmetik dan barangan penjagaan diri ada di sana. Kalau masuk SASA pasti akan rambang mata dan rasa nak beli semua. Yang penting, semua barangan di SASA adalah original.
Mana tidaknya, cantik-cantik juga tapi kena sayang muka dan elakkan dari membeli produk tiruan dan tiada kelulusan KKM. Nanti kulit muka rosak, menangis pun dah tak guna. Bab harga jangan risau, sebab SASA selalu buat promosi. Kalau nak cantik berseri dan meletop raya ini, pastikan anda mencuba produk-produk yang kami dah review tadi.
Baru letops!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang diskaun, promosi atau produk terbaru di SASA, klik sini