seismik

8 Tips Terbaik Untuk Dapatkan Kulit 'Glowing' Di Pagi Hari Raya Nanti. Barulah Flawless!

Confident sikit untuk selfie dengan keluarga dan saudara-mara. :)

Cover image via Anis Amirah

Menahan lapar dan dahaga sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang yang berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini

Kadang-kala, kulit wajah juga menjadi semakin kering kerana anda akan lebih mudah kehilangan air dan menyebabkan kulit senang terhidrasi.

Image via Giphy

Kalau anda perasan, di bulan puasa ini kulit wajah terutamanya akan senang kering dan tampak kusam. Buat mereka yang sering memakai make up pula akan tampak 'crack/cakey' sebab kulit wajah tidak dapat kelembapan yang diperlukan.

Risau tak? Lagi-lagi nak raya ni.

Usah bimbang, ikuti 8 tips di bawah untuk mendapatkan kulit yang 'flawless' dan 'glowing' di Hari Raya nanti!

1. Jangan cuci muka secara berlebihan sebab kulit anda akan mudah kering

Image via OHBULAN!

Ya, bulan puasa ini memang panas daripada biasa dan kulit wajah pun senang kering. Mungkin anda rasa dengan mencuci muka sekerap yang boleh, kulit wajah akan lebih lembap. Sebenarnya tidak. Kalau anda sering mencuci muka, kulit wajah akan lebih senang kering. 

Sebab itulah anda seharusnya menggunakan pelembap pada kulit wajah supaya kulit wajah tak mudah kering. Buat 2 kali sehari pun dah memadai. Jangan malas sangat kalau nak cantik. Kalau nak pelembap yang memberikan kelembapan yang cepat, pilih jenama Collistar. Pelembap ini berasaskan gel dan menyerap jauh ke dalam kulit. Bila pakai rasa sejuk muka.

Satu lagi jenama yang boleh dicuba ialah Suisse Programme. Kelebihan Suisse ini adalah ia mempunyai fungsi menegangkan kulit dan memberikan penghidratan yang tinggi.

2. Gunakan eye cream untuk menghilang dan mengurangkan mata panda

Image via Anis Amirah

Lebam di bawah mata merupakan salah satu musuh utama setiap wanita. Mana tidaknya, dengan adanya panda 'panda' ini, kalau dah solek cantik macam mana sekalipun, kalau mata anda masih kelihatan lebam pun tak lawa juga.

Image via OHBULAN!

Tips paling mudah sekali ialah rajin-rajinlah menggunakan eye cream di bawah mata. Kalau tak ada eye cream, guna ais pun boleh. Urut pelan-pelan di bawah mata, kuranglah sikit lebam mata anda. Nak eye cream yang power, kami cadangkan jenama TEAOLOGY, White Tea Miracle Eye Cream. Lepas pakai memang rasa selesa dan lebih confident sebab tiada lagi mata panda.

3. Make up sering menjadi 'cakey'? Senang je, urut wajah menggunakan ais atau boleh juga guna serum!

Image via OHBULAN!

Ini merupakan tips paling senang sebenarnya kalau takut make up jadi 'cakey'. Boleh cuba gunakan ais dan urut pelan-pelan sekitar wajah. Ais ini bukan sahaja dapat membantu kulit untuk lebih lembap. Malah melancarkan peredaran darah sekeliling wajah. Selain itu, kegunaan serum juga membantu. 

Pilih jenama serum yang merawat dan mengembalikan kelembapan contohnya jenama Dr Oracle Real White. Serum ni oil-based dan kalau anda menggunakan serum ini sebelum mulakan rutin make up, solekan anda akan tahan lebih lama. Muka pun akan lebih 'flawless' gitu!

4. Gunakan pelembap bibir untuk mengelakkan bibir merekah

Image via Nabieha Razak

Kurang air di dalam badan bukan sahaja memberi kesan pada kulit wajah, bibir pun boleh kering juga. Ada juga sesetengah orang yang mengalami bibir kering merekah hingga berdarah. Sakit! Kalau pakai lipstick pula makin keringlah bibir. Sebab itulah kalau anda inginkan bibir lembap, seeloknya malam sebelum tidur gunakan Vaseline di bibir untuk kembalikan lembapan. 

Selepas itu, untuk anda yang suka pakai lipstick, pastikan lipstick anda jenis oil based. Kalau tak tahu yang mana, cari jenama Cyber Colors. Pelbagai pilihan untuk anda dan paling penting akan mengembalikan semula kelembapan bibir.

5. Gunakan mask muka setiap malam. Bangun pagi pasti muka akan lebih lembap.

Image via OHBULAN!

Kalau kulit muka anda jenis yang kering, anada boleh gunakan mask setiap malam. Barulah kulit wajah akan tampak lebih glowing setiap pagi ketika anda bangun. Tak tahu jenama apa yang bagus? Boleh cuba mask muka Bamboo Ultra Hydrating Gel Mask. Mask ini mempunyai 2 cara penggunaan. Untuk penjagaan istimewa, anda hanya perlu guna dan bilas seperti biasa. Yang kedua, penjagaan asas untuk kegunaan setiap malam.

6. Bukan sekadar kulit wajah, badan anda juga memerlukan kelembapan

Image via OHBULAN!

Bukan kulit wajah sahaja yang sering kering, kulit tangan dengan badan pun sama. Kalau anda jenis kerja dalam suasana berhawa dingin, kenalah pastikan kulit sentiasa dilindungi dengan kelembapan yang secukupnya. Kalau kulit kering, memang tak selesa. Sebab itulah anda perlu pilih pelembap yang mempunyai pelbagai fungsi seperti Collistar, Intensive Firming Cream. 

Krim ni bukan je dapat bantu badan untuk kekal firm. Malah memberikan kelembapan yang diperlukan kerana diperkaya dengan olive oil dan vitamin E yang memang terbukti melembapkan kulit.

7. Lepas solek, gunakan face mist pula untuk mengelakkan wajah tampak kering

Image via OHBULAN!

Kadang-kadang bila dah bersolek benda paling tak best ialah makeVup crack akibat kulit kering. Untuk melindungi make up, anda kenalah rajin sembur face mist pada kulit wajah. Face mist mampu memberikan kelembapan segera pada muka dan juga membantu solekan untuk tahan lebih lama. Inginkan face mist dengan kelembapan yang tinggi? Boleh pilih Dr.G Hydra Intensive Skin Mist. Kulit muka anda pasti akan lebih lembap, make up pun cantik!

8. Ingin tampak lebih berseri di pagi Hari Raya? Boleh cuba solekan yang 'light' je, baru natural!

Image via Qutreen Nada

Kalau risau muka anda sering kering dan kusam, anda boleh cuba menggunakan step yang kami kongsikan tadi. Selepas itu bolehlah calit sikit make up. Jangan banyak-banyak sebab make up tebal adalah punca kulit wajah akan lebih kering.

Image via Qutreen Nada

Calitlah sikit pemerah pipi, nak yang tahan lama gunalah jenama The Balm, Boy’s Blush- Frat Boy. Baru nampak berseri sikit wajah anda. Oleskan juga sedikit VAMP! Maskara Explosive Lashes yang membantu mata anda untuk tampak lebih besar dan segar.

Anda perlukan inspirasi untuk bersolek di Hari Raya? Boleh lihat video di bawah:

View this post on Instagram

PEACHY MAKEUP LOOK | ft @sasamalaysia . Its a dream come true to get a chance to collaborate with @sasamalaysia for @anasism cosmetics. And this is my current fav song a the moment. Siapa dah tgk cerita Aladdin? ‍ Ainaa blm tgk. Esok baru nk pergi tgk. . . . Btw just want to share with you. This is how i create Peachy makeup look using @anasism cosmetics. Actually more to bronzy peachy look. Just want to share with you. @anasism cosmetics now dah ad dekat @sasamalaysia if mana y x tau. So boleh dptkn dekat @sasamalaysia n bnyk products lagi y best2 dekat sana. Overall product @anasism best. Sblm ni ainaa mmg dah pernah pkai n beli lipstick diorang. My fav of course Aisya. Tp dlm video ni ainaa pkai code Warda. More to peachy2 colour. Eyeshadow sumpah pigmented. Letak sikit je. A lil goes a long way. Lastly concelear pun high coverage. Tp not drying. Just comment below if ada nk tnye apa product y ainaa guna. Tag some of your friends to share with them the knowledge and share some at the comment section below to see more upcoming tutorials . #sephora #sephoramy #sephorasg #watsonsmy #hudabeautynudepalette #maybellinemy #maybellinemalaysia #urbandecaycosmeticsmy #narssisist #LancomeMy #MarcJacobsBeauty #KatVonDBeauty #ShiseidoMalaysia #narsmalaysia #yslbeautymy #benefitcosmetics #benefitmalaysia #hudabeauty #EsteeLauderMY #LauraMercierMY #narsmalaysia #sephoramalaysia #narsissistmy #fentybeauty #fentyfamily #maccosmetics #MACCosmeticsMalaysia #ChanelMY #SasaMalaysia

A post shared by AINAA NABILLA MUA (@ainaanabilla) on

Tak tahu di mana nak dapatkan semua produk di atas? Senang je, jom serbu SASA!

Image via OHBULAN!

Untuk pengetahuan anda, produk yang kami sertakan di atas boleh anda dapatkan di SASA. Pergi je di mana-mana cawangan kedai SASA yang berhampiran. Lebih-lebih lagi Hari Raya yang bakal menjelang ini, mestilah nak cantik jumpa saudara-mara. Kalau muka kering, make up pun tak cantik. Tak seronoklah jumpa orang.

Hari Raya Aidilfitri anda akan lebih berseri bersama SASA!

Image via SASA

Bila bercakap tentang Hari Raya, tahu tak yang SASA ada buat promosi sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang nanti. SASA nak bagi anda diskaun melebihi 70% sehingga 16 Jun ini. Tunggu apa lagi? Jom ke SASA untuk membeli barangan keperluan hari ini juga!

Untuk mengetahui lebih tentang promosi apa yang disediakan, anda boleh ke laman web rasmi SASA atau Facebook SASA. Mereka juga turut menyediakan tips penjagaan wajah dan produk-produk hot yang ditawarkan di sana. JOM?

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak cantik, senang je. Kulit wajah perlu dijaga terlebih dahulu ;)

Boleh juga tengok tips lain: