seismik

Lelaki Ini Dedah Tips Rawat 'Breakouts' Yang Teruk Di Wajah Sehingga 'Flawless'. Wow!

Wah, power juga lelaki bab-bab rawat wajah ni. :p

Cover image via Twitter @danial_hashim

Perkara paling tidak disenangi adalah apabila kulit wajah penuh dengan jerawat dan sebagainya. Bila musim kulit wajah buat hal je, mesti anda akan stress tidak terkata!

Lain orang, lain caranya untuk merawat kulit wajah yang bermasalah.

Ada yang mempunyai kulit jenis sensitif dan ada juga yang boleh menggunakan semua jenis produk tanpa menerima apa-apa kesan sampingan.

Pemilihan produk untuk kulit wajah perlu dipertimbangkan terlebih dahulu, bukan semua produk sesuai digunakan.

Image via Juliya Beauty

Ugh, susah betul kalau ada kulit sensitif!

Seorang pengguna Twitter iaitu Danial Hashim telah berkongsi pengalaman ketika menghadapi masalah kulit wajah breakouts dengan teruk dan cara merawatnya

Memang dari kulit berjerawat sehingga bersih licin. Macam tak percaya je. Ingin tahu rahsianya?

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pada mulanya memang rasa tak percaya pernah menghadapi masalah kulit yang seteruk ini. Sampaikan tangan memang asyik 'gatal' je nak picit jerawat.

Bila dah macam ini, mulalah terasa nak buat research tentang cara terbaik untuk rawat jerawat yang banyak pada kulit wajah. Barulah dapat tahu apa puncanya sedikit demi sedikit...

Apa kena mengena pemilihan shampoo dengan kulit wajah berjerawat?

Paling menarik, dia tidak lagi menggunakan produk penjagaan kulit wajah khas untuk lelaki. Malah, ditukarkan dengan produk wanita, bermula dengan pencuci muka ibunya.

Bukat setakat itu sahaja, selain pencuci muka, dia juga turut menggunakan skrub muka dari St Ives. Memang sangat berkesan dan membantu dalam proses membaikpulih kulit wajahnya.

Tak lupa juga untuk memakai mask ya!

Tangan 'gatal' memang tak boleh dielakkan. Tapi kena ada cara yang tersendiri kalau nak picit jerawat atau blackhead ya!

Tambahan lagi, untuk menjaga kebersihan kulit wajah, anda harus kerap mencuci tuala. Jangan lupa untuk asingkan tuala badan dan muka.

Siapa kata sunscreen hanya untuk perempuan? Lelaki pun perlu tau!

Hasilnya...

Taraa! Kan bersih muka tu.

Mudah je bukan? Kalau nak cuba, ikuti tips di atas dan jangan lupa kongsikan feedback jika kulit wajah anda semakin pulih. :D

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Eh, roti penyebab jerawat lah! :O

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: