seismik

Roti Adalah Salah Satu Penyebab Utama Jerawat 'Singgah' Di Wajah Anda. Percaya Atau Tidak?

Mungkin ramai yang masih belum tahu, tapi inilah hakikatnya...

Cover image via Google

Bila bercakap tentang jerawat, mesti ramai yang stress sebab kadang kala, jerawat yang muncul tanpa sebab ini selalunya paling sukar untuk dihilangkan. Betul tak?

Mulalah anda berfikir, mungkin anda menggunakan pencuci muka yang salah, sarung bantal kotor, kurang minum air, persekitaran kurang bersih, muka berminyak, selalu pegang muka dengan tangan yang kotor dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bahawa pemakanan anda juga adalah salah satu sebab jerawat 'singgah' di wajah? Antaranya adalah roti.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Buat anda yang masih belum tahu, roti juga adalah punca jerawat. Kenapa?

Baca perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shazmie Nadziri di bawah tentang isu ini:

"Roti adalah punca jerawat anda."

Mungkin ramai yang masih tidak menyedari kenapa roti boleh menyebabkan jerawat hadir di kulit wajah. Ini antara sebab-sebab yang perlu anda ketahui:

1. Gliadin (gluten) merupakan protein di dalam gandum yang memberikan sifat kenyal dan melekit. Apabila dalam perut, ianya akan melekat pada sel epithelial perut dan menyebabkan sistem imun badan menyerang hingga gliadin ini hilang.

2. Phytic Acid/Lectin (anti-nutrient). Badan anda tidak boleh menghadam lektin ini lalu jadilah keradangan dalam badan dan boleh mencederakan perut anda.

3. Sindrom perut bocor berlaku apabila lektin dan gliadin melekat pada sel perut dan menyebabkan serangan keradangan pada dinding perut

Oleh itu, jelaslah bahawa roti dan bijirin juga merupakan penyebab jerawat 'singgah' pada kulit wajah. Jadi, hati-hati dengan pemilihan pemakanan anda juga ya.

Sumber: Twitter @shazmiejo

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: