seismik

Dengan Hanya 2 Bahan Masak, Lelaki Ini Berjaya Kecutkan Jerawat Dan Licinkan Parut Di Muka

Setiap rumah mesti ada kedua-dua bahan ini.

Cover image via Nauf Safuan / Facebook

"Jerawat oh jerawat."

Mungkin kita sendiri pernah mengeluh sebegini kerana terlalu kerap berhadapan dengan masalah jerawat di muka.

Image via wp.com

Boleh kata, masalah jerawat terjadi kepada 90% daripada kita dan merupakan salah satu masalah utama yang perlu kita hadapi sejak zaman muda remaja hinggalah sekarang.

Kadang-kadang ada juga kes jerawat yang boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Dan bila jerawat dah hilang, parut pula muncul. Tak pernah selesai!

Macam mana nak selesaikan? Cara paling klise tentunya membeli skincare products di farmasi sehingga menelan duit yang banyak.

Namun begitu, cara ini tak semestinya berkesan kerana tak semua produk yang dijual di luar sana sesuai dengan kulit muka seseorang.

Sesetengah orang perlu mencuba pelbagai produk secara 'trial and error' sehingga betul-betul menemui produk yang sesuai dengan kulit mereka. Itu pun kalau tak give up. Bukan senang nak buat.

Tapi jangan risau! Masih ada cara yang mungkin berkesan dan jauh lebih murah berbanding membeli produk. Guna dua bahan masak je!

Dua bahan masak tersebut ialah kunyit dan timunYes!

Seorang netizen di Facebook, Nauf Safuan telah berkongsi petua mudah ini yang diamalkan oleh beliau. Hanya perlu sapukan dua bahan ini pada muka dan biarkan selama 5 minit, kemudian bilas.

Baca perkongsian penuh di bawah:

PETUA BERKESAN KECUTKAN JERAWAT TANPA PARUT

Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea.

Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha.

Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.

Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.

Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.

Selamat mencuba.

Posted by Nauf Safuan on Tuesday, February 20, 2018

Terbaik kan? Boleh start cuba hari ini jugak!

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebenarnya, ada banyak lagi petua yang anda boleh praktikkan di rumah:

Sempena PRU14 ni, jom kita layan:

You may be interested in: