seismik

14 Tahun Hidup Berkaca Mata Hingga Power Cecah 800. Kini Gadis Ini Berjaya 'Buang' Spek!

Alhamdulillah. :)

Cover image via Twitter @doyonosfotros

"Malasnya nak pakai spek!"

Image via Giphy

Mesti ramai yang rasa macam ini bukan?

Malas betul nak pakai spek tapi terpaksalah sebab mata rabun teruk dan memang jenis yang perlukan spek untuk melalui kehidupan seharian. Kalau tertinggal spek di rumah, memang confirm kena patah balik atau kena pakai contact lens lah jawabnya.

Leceh betul.

Seperti gadis ini yang telah berkongsi kebahagiaan dapat 'buang' spek setelah 14 tahun pakai hingga power cecah 800 untuk kedua-dua belah mata. Allahu tingginya!

Perkongsian tersebut telah ditulis pada 15 Ogos dan kini meraih lebih 26 ribu retweets dan 31 ribu likes di Twitter. Ramai juga yang berminat dengan perkongsian yang ditulis ini.

Baca penuh di bawah:

Pembedahan lasik yang dibuat ini adalah di IIUM Eye Specialist Clinic, UIA, Kuantan, Pahang

Ada 3 jenis lasik dengan harga yang berbeza, iaitu:

Sebelum appointment kedua, disarankan untuk tidak memakai contact lens selama sebulan

Selepas itu, doktor akan titik ubat untuk mengembangkan biji mata bagi memudahkan doktor.

Pengalaman buat lasik di hospital ini memang tidak akan dilupakan. Semua staff di situ sangatlah baik dan buatkan pesakit merasa lebih selesa.

Ada beberapa lagi perkara yang perlu diketahui sebelum melakukan lasik mata ini ya!

Setiap orang yang berjaya menjalani operasi lasik tersebut akan keluar dari bilik pembedahan dengan muka yang begitu gembira.

Mission accomplished gitu!

Paling menyeramkan, anda akan nampak segala apa yang bakal dibuat oleh doktor kepada mata anda. Tapi jangan risau, menurut gadis ini, ianya tidaklah sakit seperti yang disangka.

Selepas selesai, doktor akan pasang contact lens bandage untuk dipakai selama beberapa hari sebelum lapisan mata tumbuh dan sambung kembali

Di bawah pula merupakan perkongsian tentang penjagaan selepas pembedahan lasik ini dilakukan:

Menurutnya lagi, setiap kali datang untuk jumpa doktor pasti doktor akan check sel-sel rabun sama ada ada lagi atau tidak dah sebagainya

Hasilnya, taraaaa!

Makin cantik pula selepas 'buang' spek!

Sebelum dan selepas.

Image via Twitter @doyonosfotros

Ha, macam mana? Anda semua dah bersedia nak buat pembedahan lasik ini? :D

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Boleh baca perkongsian lain tentang pembedahan lasik di sini:

You may be interested in: