"Ni iPhone Apa?" - 17 Tahun Tanpa Telefon Sendiri, Keluarga Hadiah iPhone Pada Gadis Ini!
Comel!
Siapa ingat pengalaman memiliki telefon bimbit pertama?
Macam penulis sendiri, pertama kali dapat telefon bimbit ialah pada usia 12 tahun, sekitar tahun 2004. Penulis diberi telefon bimbit 'legend' Nokia 3310, oleh ibu bapa.
Waktu itu telefon bimbit digunakan semata-mata hanya untuk menghubungi orang sama ada menerusi panggilan telefon biasa ataupun aplikasi mesej SMS (Short Message Service).
Tapi antara perkara yang best boleh dapat dalam Nokia 3310 sudah semestinya permainan ular dan brick iaitu permainan klasik yang ternyata melekakan ketika itu.
Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter sebuah video seorang gadis berusia 17 tahun mendapat telefon bimbit pertamanya!
Jangan macam-macam, dia dapat iPhone 11, OK!
Menerusi video yang dikongsikan abang gadis itu, Anan, adiknya, Wafa, yang juga digelar baby oleh ahli keluarganya tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri.
Ekoran daripada itu, serta oleh kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran, Wafa dihadiahkan iPhone 11 oleh ibu bapa mereka.
Yang menarik perhatian netizen adalah kegembiraan dan keikhlasan yang ditunjukkan Wafa tatkala menerima hadiah itu.
Lihat video penuh di bawah:
Susulan tularnya video tu, ramai yang turut sama gembira dengan Wafa dan masing-masing meninggalkan komen positif di bahagian reply tweet itu.
Antara komen menarik oleh para netizen:
Bila sudah ada telefon pintar ini, maka tidak terkejutlah kalau akan ada akaun-akaun sosial media seperti Twitter dan Instagram.
Tapi ini pesanan abang Wafa buat yang ingin follow dia di IG.