4 Rakyat Malaysia Cipta Sejarah Dalam ‘Programming Olympiad’ Terbesar Di Dunia
Malaysia mencatat keputusan terbaiknya di International Olympiad in Informatics 2026 dengan keempat-empat wakil pelajar memenangi pingat, termasuk dua emas.
Cover image via @ioi_malaysia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia telah mencatatkan prestasi terbaiknya di International Olympiad in Informatics (IOI), dengan keempat-empat peserta wakil kebangsaan memenangi pingat pada pertandingan edisi 2026 di Tashkent, Uzbekistan
Pasukan Malaysia berjaya memenangi dua pingat emas dan dua pingat perak pada IOI ke-38, yang diadakan dari 9 hingga 16 Ogos, dengan keempat-empat pelajar tersebut berada dalam lingkungan 45 teratas daripada 375 peserta dari seluruh dunia.
Keputusan tersebut meletakkan Malaysia antara delegasi utama pada pertandingan tahun ini, bersama negara-negara seperti China dan AS.
Menurut keputusan rasmi IOI, dua pingat emas Malaysia dimenangi oleh pelajar yang menduduki tempat kesembilan dan ke-19 keseluruhan.
Berikut adalah empat pemenang pingat yang mewakili Malaysia
Yuichiro Furuse menghasilkan mata tertinggi Malaysia, memenangi pingat emas dan menduduki tempat kesembilan keseluruhan dengan skor 425.22 mata.
Yan Xun Khor juga memenangi pingat emas, menduduki tempat ke-19 dengan 380.01 mata.
Isaac Kai Sheng Hew memenangi pingat perak selepas menduduki tempat ke-33 dengan 358.76 mata, manakala Janson Ho juga memenangi pingat perak, menduduki tempat ke-45 dengan 349.22 mata.
Keputusan ini menunjukkan setiap wakil dari Malaysia tersebut berjaya menduduki tempat dalam lingkungan 12% teratas daripada 375 peserta.
Keputusan ini juga merupakan peningkatan yang ketara daripada IOI 2025 di Sucre, Bolivia, di mana Malaysia memenangi satu pingat emas dan tiga pingat gangsa.
Pencapaian dua pingat emas dan dua pingat perak Malaysia pada tahun 2026 menandakan prestasi terbaik negara di pertandingan international programming yang berprestij itu.

International Olympiad in Informatics ini pertandingan apa?
IOI merupakan salah satu pertandingan sains antarabangsa utama dunia untuk pelajar sekolah menengah, di samping International Mathematical Olympiad, International Physics Olympiad, dan International Chemistry Olympiad.
Pertandingan tahunan, yang telah diadakan sejak 1989, menguji pelajar tentang penyelesaian masalah algoritma, programming dan pemikiran pengiraan.
Setiap negara biasanya menghantar empat pelajar untuk bersaing secara individu dengan beberapa programmers muda terhebat di seluruh dunia.

Ini merupakan keputusan IOI terkuat Malaysia setakat ini
Prestasi terkini Malaysia dilihat meneruskan trend peningkatan dalam keputusannya di pertandingan terbabit. Negara memenangi satu pingat emas dan tiga pingat gangsa di IOI 2025.
Tahun ini, keempat-empat peserta Malaysia meningkatkan prestasi tersebut, dengan dua peserta mara ke ranking pingat emas dan dua lagi memperoleh perak.
Delegasi kebangsaan dibentuk oleh Malaysian Informatics and Programming Society (MIPS), yang menyelia pengenalpastian, latihan dan pemilihan pelajar melalui pertandingan seperti Malaysian Computing Olympiad dan Malaysian Computing Challenge.
Organisasi ini juga mewakili Malaysia di pertandingan antarabangsa, termasuk IOI dan Asia-Pacific Informatics Olympiad.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


