seismik

5 Kedai 'Syurga' Desserts Sedap Untuk Kaki Hunting Makan Di Lembah Klang. Wajib Cuba!

Rasai kemanisan yang berganda.

Cover image via @mirudessertcafe (Instagram) , @dao.desserts (Instagram) , Cafe Culture

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Central Sugars Refinery (CSR).

Kita dengan makanan yang manis memang berpisah tiada bukan?

Image via GIPHY

Sejujurnya, makanan yang manis seperti manisan, kuih, desserts memang rasanya sedap dan membuatkan kita tidak berhenti makan. 

Tidak dinafikan, kita sering tertekan dengan beban kerja atau pelajaran bukan? Oleh sebab itu, kadangkala makan makanan manis sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan stres. Tambahan lagi bila tengah craving, sekali dapat memang terus lega dan puas hati!

Haa, buat kaki hunting desserts itu, jom kita lihat senarai 'syurga' manisan yang memang tip top di Lembah Klang.

1. Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku

Image via Cafe Culture

Siapa saja yang tidak kenal Kenny Hills Bakers bukan? Desserts di kedai itu semuanya memang sedap-sedap belaka. Paling famous merupakan Peach Strudel yang sering sold out dalam beberapa saat saja.

Jika anda sukakan pastry, anda boleh singgah ke kedai ini untuk nikmati kesedapan dan kemanisannya. Jangan lupa untuk try Cinnamon rolls yang berintikan gula perang juga!

Ketahui info lebih lanjut di sini

2. Miru Dessert Cafe, Pavillion

Apa yang paling unik di kedai ini adalah anda boleh menikmati kekenyalan brown sugar Boba di atas dessert kegemaran anda. Boleh jadi kek, toast atau shaved ice. Menarik bukan? Ni kalau makan confirm hilang rasa stres!

Ketahui info lebih lanjut di sini

3. Dáo dessert, SS15

Selain menawarkan Taufu Fa yang lembut dan sedap, kedai ini juga menjual aiskrim yang mempunyai pelbagai topping untuk anda pilih. Antara paling popular ialah Taufu Fa bersama brown sugar syrup dan hidangan aiskrim soya berkrim disiram dengan sirap perang. So syok!

Ketahui info lebih lanjut di sini

4. Fluffed Café, Taman Paramount

Jika anda merupakan fans waffle, anda boleh datang ke sini untuk cuba keunikan waffle dalam pelbagai rasa. Semuanya memang sangat menarik perhatian. Paling penting, sos salted caramel yang memang manis dan kaya dengan gula perang!

Ketahui info lebih lanjut di sini

5. Brownies Bae by TAB, KL

Tipulah kalau tak suka brownies kan? Kedai ini menawarkan pelbagai perisa brownies. Bukan itu saja, mereka juga menjual pelbagai cookies yang sangat lazat! Menggunakan bahan seperti gula perang, sudah tentu sedap dan tidak terlalu manis. Boleh dijadikan sebagai hadiah juga. 

Ketahui info lebih lanjut di sini

Semuanya nampak sedap belaka kan? Kadangkala kita risau juga nak makan makanan yang terlalu manis ini...

Iyalah, makan makanan manis boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan untuk kesihatan.

Anda semua tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya Gula Perang CSR Better Brown ini, anda boleh nikmati semua desserts yang anda suka tanpa rasa serba salah.

Image via CSR

Gula Perang CSR Better Brown ialah produk gula rendah glisemik. Memang sedap dan tidak terlalu manis! Ia memang dapat meningkatkan aroma dan rasa dalam setiap makanan dan minuman dengan rasa karamel yang cukup mendalam. Tiada bahan tambahan atau tiruan tau, memang lebih baik untuk kesihatan. 

Kalau anda nak tahu, ia diperbuat daripada jus tebu yang kaya dengan molases untuk dijadikan gula perang. Dengan adanya Gula Perang CSR Better Brown, anda boleh makan manisan kegemaran dengan tenang!

Image via CSR

Untuk info lebih lanjut, layari https://csr-malaysia.com.my/healthier-sugar/ sekarang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik