seismik

Ibu Enam Adik-Beradik Yang Dibiarkan Kelaparan, "Saya Masih Mahu Jaga Mereka"

Di Kuala Selangor, enam adik-beradik dijumpai ditinggalkan bersendirian di rumah dan kelaparan. Apa yang telah terjadi?

Cover image via

[TERKINI] Enam Beradik Ditinggalkan Ibubapa Bakal Dijaga Rumah Kebajikan

Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam mengeluarkan perintah supaya enam beradik itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur untuk tempoh dua bulan lagi. kajian dan pemantauan yang dibuat mendapati pasangan suami isteri itu, Mohd Roslan Ismail, 32, dan Che Suwarti Che Pa, 31, masih belum berupaya untuk menjaga enam anak mereka berikutan tiada pekerjaan tetap.

sinarharian.com.my

Rumah kebajikan yang terletak di Kuala Lumpur

Image via blogspot.com

8 OKTOBER: Ujar ibu, “Saya sedih bila selalu kena pukul dan kekurangan wang"

Image via wordpress.com

“Saya takut nak balik jenguk anak-anak bila tahu suami ada di rumah sebab sebelum gaduh, dia dah bagi amaran supaya jangan balik lagi. Dia tak kerja hampir setahun. Bila ada salah atau tanya sikit, dia akan pukul saya tanpa sebab" kata ibu enam beradik yang ditinggalkan, Che Suwarti Che Pa, 31.

sinarharian.com.my

“Kalau boleh saya mahu selesaikan masalah ini cepat-cepat dan masih sayang anak-anak,” katanya. Dia masih mahu menjaga kesemua anak-anaknya itu namun kekangan duit.

sinarharian.com.my

Lima adik-beradik di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Komen orang rami di Facebook

Image via imgur.com

JKM Selangor mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga enam beradik itu buat sementara menunggu siasatan. Orang ramai termasuk NGO tidak putus-putus memberi respons untuk membantu dan ada juga mahu mengambil sebagai anak angkat.

sinarharian.com.my

7 OKTOBER: Ibu masih belum pulang ke rumah

Ibu Bapa Bergaduh Enam Beradik Ditinggal Kelaparan: 'Saya masih mahu jaga mereka'

terbakor.com

Seorang penduduk berkata, masih tiada khabar mengenai wanita itu tetapi bapa kanak-kanak mereka sudah pulang sebaik dipujuk penduduk.

sinarharian.com.my

"Saya tidak tahu berapa lama lampin yang dipenuhi najis itu dipakai kerana bila saya membukanya, habis ruam teruk dengan lampin agak ‘berat’.

“Bila bagi susu, bayi itu agak ‘pelahap’ sebab terlalu haus dan tidur kekenyangan. Memang mudah menjaganya dan beruntung siapa yang dapat anak seperti itu,”

sinarharian.com.my

Pihak terbabit dipinta bantu keluarga tersebut

"Saya izinkan beberapa individu untuk menjaga anak buat sementara waktu kerana sekarang ini saya serabut dengan masalah keluarga. Isteri entah ke mana dan anak-anak terabai,” kata bapa kepada adik-beradik tersebut Mohd Roslan Ismail, 32. Dia turut mengakui kesilapan.

sinarharian.com.my

Dr Rodziah, ahli exco memaklumkan akan meminta kerjasama semua agensi di bawah kerajaan negeri yang boleh membantu membela nasib enam beradik itu. Langkah wajar perlu diambil untuk membantu keluarga itu.

sinarharian.com.my

5 OKTOBER: Kanak-kanak malang ditinggalkan tanpa makanan selama lebih 24 jam

Ibu Bapa Bergaduh, Tinggalkan Enam Anak Kelaparan Lebih 24 Jam

terbakor.com

Enam-enam beradik terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan.

malaysiaedition.net
Image via ggpht.com

Salah seorang penduduk berkata, dia ternampak lima beradik berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

sinarharian.com.my

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta memeriksa rumah mereka, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah. Alangkah terkejutnya apabila ke sana, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan.

malaysiaedition.net

Ibu bapa bergaduh dikatakan punca anak-anak ditinggalkan

"Ibu bapa tersebut memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar. Penduduk selalu mengadu tentang perangai buruk mereka. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang," kata wakil penduduk.

blogspot.com

Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran selalu bagi anak-anak ini makan. Mereka sering ditinggalkan selepas bergaduh besar.

sinarharian.com.my

Apa kata undang-undang?

Image via tcooklaw.com

Ibu bapa yang meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan untuk satu tempoh yang lama, atau meninggalkan mereka di dalam keadaan yang tidak berpatutan, melakukan kesalahan di bawah seksyen 33 Akta 611.

commonlii.org

Boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

commonlii.org

Tujuan peruntukan ini untuk mengelakkan kecuaian di pihak ibu bapa yang mengambil sikap kurang berhemat atau berhati-hati. Ia melibatkan kes meninggalkan anak-anak tanpa penjagaan di dalam rumah.

commonlii.org

Lain-lain kes tinggal kanak-kanak di Malaysia

Image via kosmo.com.my

Perbalahan antara suami isteri yang kemudiannya membawa haluan masing-masing tanpa khabar berita sejak lima bulan lalu, meninggalkan sembilan beradik berusia antara dua hingga 13 tahun kini di bawah jagaan datuk dan moyang mereka.

bharian.com.my

Sorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

mummynemo.com
Image via kosmo.com.my

“Ibu minta saya dan adik tunggu di rumah kerana dia hendak keluar beli makanan tetapi sampai sekarang tidak pulang menyebabkan kami dibawa tinggal di rumah ibu saudara,” kata Khairul Shafiszam Abdullah, 13, dan adiknya, Khairul Alif Fikri, 10, yang ditinggalkan ibu bapa sejak dua tahun lalu.

hmetro.com.my

Kanak-kanak comel 3 tahun, Chong Mei Sem ditinggalkan ibunya sendiri bersama seorang peniaga dengan wang RM1000 tanpa khabar berita.

kl-today.com
Image via bharian.com.my

Seorang lelaki kelihatan meninggalkan seorang kanak-kanak 4 tahun di Pejabat JKM, Perak untuk menjawab panggilan telefon dan tidak muncul-muncul selepas itu.

astroawani.com

Cerita lain yang anda perlu baca:

Image via amazonaws.com

7 pelajar Tingkatan 1 menjadi mangsa liwat selepas sekolah mereka mengupah seorang bekas banduan dengan rekod jenayah liwat sebagai tukang kebun di Terengganu. [KLIK UNTUK CERITA PENUH]

says.com

You may be interested in: