seismik

6 Negeri Di Malaysia Ini Tidak Akan Cuti Umum Pada Hari Nuzul Al-Quran

Siapa yang duduk di enam negeri ini perlu bekerja seperti biasa.

Cover image via Berita Harian & Vecteezy

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, tanggal 17 Ramadan setiap tahun akan diingati umat Islam di negara ini apabila hari tersebut disambut sebagai hari Nuzul al-Quran

Untuk pengetahuan semua, umat Islam terutamanya di Malaysia akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena hari yang mulia ini.

Selain itu, pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa berkenaan seterusnya menjadi titik tolak berkembangnya Islam ke seluruh pelosok dunia hingga ke hari ini.

Berikut di bawah merupakan negeri-negeri yang mengambil cuti umum pada hari Nuzul al-Quran:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  2. Kelantan
  3. Terengganu
  4. Pahang
  5. Perak
  6. Perlis
  7. Pulau Pinang
  8. Selangor

6 negeri di Malaysia ini pula tidak akan cuti umum pada hari Nuzul al-Quran:

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Melaka
  4. Negeri Sembilan
  5. Sabah
  6. Sarawak

Jika anda bekerja dengan syarikat swasta di enam negeri ini, adalah lebih baik jika anda mengesahkan dengan majikan sama ada syarikat anda akan bercuti pada hari Nuzul al-Quran atau tidak

Sebaliknya, terdapat berapa negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu akan menikmati cuti tiga hari bermula dari Khamis, 28 Mac 2024 sehingga Sabtu, 30 Mac 2024.

Bagi mereka yang bekerja di Lembah Klang dan ingin pulang ke kampung halaman untuk berehat panjang, pastikan anda merancang perjalanan dengan bijak!

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: