seismik

7 Negeri Diminta Waspada, Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk Dijangka Berlaku Hingga Esok

Hati-hati semua yang memandu di jalan raya.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini

Menurut laporan Sinar Harian, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu.

Seluruh negeri Kelantan dan Perlis pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh masa sama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Cuaca itu juga dijangka di Hulu Perak, Perak dan Kedah menjejaskan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca itu ialah Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.

Manakala kawasan yang terlibat di Terengganu pula ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Johor pula melibatkan Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: