9 Beranak Ini Maut Lepas Makan Mi Yang Disimpan Setahun Dalam Peti Sejuk
Jangan biasakan makan makanan disimpan terlalu lama dalam peti sejuk, bahaya!
Sembilan sekeluarga di China menemui ajal selepas makan mi berjenama Suantangzi, iaitu menu makanan Cina tempatan
Menurut laporan, mereka sekeluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan mi tersebut pada 5 Oktober lalu.
Tujuh mangsa dewasa dari bandar Jixi di wilayah timur laut China, Heilongjiang meninggal dunia pada 10 Oktober, sementara mangsa kelapan pula meninggal dua hari kemudian.
Mangsa terakhir, seorang wanita meninggal dunia pada Isnin baru-baru ini.
Berpunca daripada asid bongkrek yang sering membawa maut
Pengarah keselamatan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang memberitahu China News bahawa punca kematian mereka adalah disebabkan keracunan asid bongkrek sering membawa maut.
Gejala keracunan asid berkenaan biasanya bermula dalam beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar. Antaranya mengalami sakit perut, berpeluh, kelemahan genus dan akhirnya koma. Ada juga kes kematian yang berlaku dalam masa 24 jam.
Sementara itu, tiga kanak-kanak daripada keluarga berkenaan terselamat kerana mereka tidak suka dan tidak menyentuh hidangan mi tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran untuk kita supaya tidak menyimpan makanan terlalu lama dalam peti sejuk.