seismik

Tiada Smartphone Untuk Scan MySejahtera, Uncle Ini Buat 'Cap Nama' Sendiri Untuk Check-In

Kreatifnya uncle ni, proses pun mudah dan jimat masa!

Cover image via China Press Johor

Tak semua orang ada smartphone dan tahu guna aplikasi dalam telefon, lebih-lebih lagi golongan warga emas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Verdict

Umum sedia maklum, sejak wujudnya pandemik Covid-19 di negara ini, setiap orang harus mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) dan mendaftarkan diri sebelum memasuki mana-mana premis.

Bagi yang menggunakan smartphone pastinya tiada masalah untuk menggunakan aplikasi MySejahtera, tetapi mereka yang tidak mempunyai smartphone terpaksa menulis nama dan maklumat lain di dalam buku log yang disediakan premis.

Warga emas ini tarik perhatian umum dengan kaedahnya tersendiri untuk mendaftarkan diri di semua lokasi

Menurut sumber, baru-baru ini seorang uncle berbangsa Cina di Kluang, Johor mencipta kaedah paling mudah dan sesuai untuk check-in di semua lokasi yang dia pergi tanpa menggunakan smartphone.

Uncle
Cina berumur 80 tahun bernama Gan Hwee Loon ini hanya menggunakan cap yang tertera nama dan nombor telefonnya untuk mendaftar masuk ke tempat-tempat yang dia pergi.

Buat cap sendiri kerana penglihatan yang kurang baik dan tidak mahu susahkan orang lain untuk tolong tuliskan namanya dekat buku log

Uncle Gan memberitahu dia hanya menggunakan telefon bimbit biasa, jadi dia tidak dapat scan code untuk mendaftar masuk.

Dia akhirnya buat keputusan untuk tempah cap sendiri dengan kos hanya RM20.

"I bring it around with me all the time now, doesn't matter if it is to go eat, drink tea, or even shopping. I just need to press the chop gently on the logbook and carefully close it again," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: