Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Pelbagai Peraturan Pelik Menginap Di Homestay
Ada juga homestay yang mempunyai "denda" buat penginap.
Cover image via Gambar Janaan AI (Google Gemini)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selalu kita mendengar cerita-cerita penghuni tidak bertanggungjawab yang merosakkan banyak homestay atau dibiarkan kotor
Kali ini netizen hadir menceritakan pengalaman mereka menghadapi peraturan homestay yang dianggap tidak masuk akal atau pelik.
Inap desa atau homestay selalunya mempunyai peraturan yang perlu diikuti tetapi kadang kala, terdapat beberapa pemilik yang menetapkan peraturan tidak munasabah untuk penginap.
Disoal oleh @nrfrhnissss di Threads, dia mempersoalkan mengapa terdapat homestay yang mempunyai peraturan tidak masuk akal.
"Apa peraturan homestay yg paling b*d*h korang pernah dengar dan tak masuk akal?," katanya.
Dia memberitahu pengalamannya melihat peraturan dimana pemilik homestay tidak membenarkan sesiapa yang beratnya melebihi 80kg untuk tidak duduk di sofa ruang tamu atau kerusi meja makan.
"Berat lebih 80kg, tak boleh duduk di sofa ruang tamu atau kerusi meja makan. Dah tu kalau mak ayah dah tua yang berat lebih 80kg, sakit lutut macam mana pula," katanya lagi.

Netizen tampil menceritakan pengalaman mereka menghadapi peraturan homestay tidak masuk akal
Seorang pengguna berkongsi pengalaman tuan rumah tidak memberikan alat kawalan penghawa dingin kerana takut penghuni membuka ia 24 jam.
"Tak bagi remote aircond sebab takut kitorang bukak 24 jam. Masalahnya dia bukak suhu 25, rasa apa je. Akhir sekali, kitorang bertiga buka sekali kipas meja goojodoq tu"
"Tuala basah kena denda RM200. Dekat Bangi"

Gambar janaan AI
Image via Gemini GoogleImage via"Jangan bawa motosikal kt kawasan homestay sebab motosikal bukan kenderaan"
Selain dari peraturan pelik ada juga yang berang dengan pemilik yang sesuka hati melanggar hak peribadi orang lain dengan menggunakan CCTV.
Seorang pengguna menceritakan pemilik yang menggunakan kamera litar tertutup hanya untuk membuat aduan masalah yang dia tidak berpuas hati dengan penginap.
"Pemilik homestay pantau 24 jam CCTV, buat tak kena ja call ke suami mengadu. Akhirnya burn depo RM200. Dua hari satu malam dapat panggilan dari owner hampir 6 kali. Ehhh memang kejanya tengok CCTV jela."

Gambar janaan AI
Image via Gemini GoogleSeorang penggunakan mengatakan pemilik rumah mengambil rakaman CCTV sebuah keluarga sedang bermandi di kolam renang dan gambar tersebut digunakan untuk mempromosikan homestay tanpa kebenaran.
"Cctv dekat pool. Pastu dia screenshot kitorang tengah mandi manda, post dekat status untuk promote dia punya homestay tanpa minta izin. Dia kata cctv kabur, tak jelas pun. Even kitorang mandi manda mmg tutup aurat tapi tetaplah tak patut ya."
Terdapat beberapa pemilik yang dikatakan mahu keadaan homestay mereka menjadi asal seperti orang tidak masuk menginap.
Ada yang memberi peringatan bahawa jika pemilik rumah terlalu cerewet tidak perlulah membuat servis penginapan homestay yang sebenarnya lebih sukar dan penat dari disangka. Ini juga membuatkan orang lain tidak mahu lagi menginap dan menyewa di homestay berkenaan kerana terlalu banyak pengalaman buruk.
Tetapi tidak semua pengalaman buruk masih terdapat beberapa pemilik homestay yang baik dan sangat memahami serta menyenangkan penginap mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


