Pemandu F1 Kayuh Basikal Dari Sepang Ke Singapura, Redah Kawasan Gelap Ladang Sawit
Berani betul malam-malam redah ladang kelapa sawit.
Cover image via @jiaxin._.09 (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Valtteri Bottas kini mencuri perhatian apabila berkongsi aktiviti riadahnya selepas tamat perlumbaan di Sepang semalam
Beliau memilih untuk mengayuh basikal dari Sepang ke Singapura daripada menggunakan masa itu untuk berehat atau terus terbang ke Singapura.
Pada Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia, Valtteri Bottas hanya mendapat tempat ke-19 dengan masa 1:38.611.

Valtteri Viktor Bottas, Cadillac.
Image via Race FansTetapi perkara ini tidak menjadi penghalang untuk dirinya mengayuh basikal dari Sepang ke Singapura.
Menerusi tangkapan skrin daripada Instagram Story milik Bottas, dia menunjukkan gambar sedang mengayuh basikal di dalam kawasan gelap ladang sawit untuk ke destinasi.

Video tersebut menunjukkan keadaan gelap yang hanya diterangi oleh lampu suluh milik Bottas.
Keberanian untuk mengayuh pada waktu malam di ladang sawit biasanya digeruni oleh penduduk tempatan.
Bottas mahu catat perjalanan Malaysia ke Singapura
Bottas pada tiga hari GP Bahrain berlangsung telah dijumpai mengayuh basikal pulang ketika kesesakan lalu lintas selepas meninggalkan Litar Sepang.
Ramai netizen membuat gurauan beliau akan mengayuh basikal untuk ke GP Singapura. Tanpa disangka, ia benar-benar berlaku.

Malam ketika habis perlumbaan, keadaan trafik yang sesak selepas ramai pulang.
Image via ThreadsBerdasarkan rekod aktiviti pada aplikasi berbasikal Wahoo ELEMNT ROAM 3 dan Strava, Bottas menamakan kayuhan itu "Malaysia to Singapore Day 1".
Setakat ini, kayuhan 56.60 kilometer itu bermula dari kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Port Dickson.
Berkemungkinan besar dia kini sudah melepasi Port Dickson dan jauh ke selatan Semenanjung.

Bukan sahaja berbakat dalam berlumba, difahamkan Bottas juga seorang pelumba basikal kategori gravel elit yang pernah melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Berbasikal Gravel.
Siapa sangka gelagat Bottas menjadi tarikan buat orang ramai kerana bukan minatnya untuk berlumba F1 tetapi berbasikal dalam jarak yang sangat jauh.
Valtteri Bottas bakal beraksi di Singapore GP 11 Oktober di trek Marina Bay Street Circuit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


