seismik

Ini 9 Essential Oil Wangi & Murah Untuk Diffuser Yang Boleh Tingkatkan Ketenangan Minda

Tenang tanpa stres.

Cover image via @fragrance.note (Instagram) & Saje.com

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam keadaan pandemik sekarang, ramai yang banyak menghabiskan masa di rumah

Baik ibu bapa ataupun anak-anak kerana semua urusan seperti pekerjaan dan pembelajaran perlu dijalankan secara dalam talian. Hal ini supaya dapat mengekang penularan jangkitan wabak yang semakin serius ini. 

Tidak dinafikan, semua orang mengutamakan keselesaan yang optima semasa kerja supaya tidak hilang fokus. Begitu juga ketika rehat iaitu tidur, setiap orang memang ingin mendapatkan tidur yang berkualiti supaya dapat kembali cergas. 

Oleh itu, ramai yang dilihat kini mempunyai diffuser di rumah untuk tingkatkan keselesaan dan ketenangan minda di rumah. 

Image via GIPHY

Jika anda mempunyai diffuser di rumah, pasti anda ingin dapatkan essential oil yang wangi dan murah bukan? Jom lihat senarai di bawah:

1. Plant Therapy

Image via Shopee

Plant Therapy merupakan essential oil yang berkualiti. Menawarkan pelbagai jenis wangian dengan harga yang berbaloi. Paling bestseller merupakan wangian berbau lavendar dengan 2.9K botol terjual melalui Shopee. 

Harga: RM33 hingga RM180
Klik sini untuk beli. 

2. fragrance.note

Apa yang menarik dari kedai ini adalah oil mereka boleh digunakan juga untuk dijadikan mandian. Bau yang wangi dan sesuai untuk semua jenis kulit ini memang buat semua terpukau. 

Harga: RM18 hingga RM22
Klik sini untuk beli. 

3. sensethere

Image via Shopee
Image via Shopee

Dengan menawarkan 20 jenis wangian yang murah, kedai ini telah terjual sebanyak 8.4K botol. Untuk sesiapa yang mempunyai kulit yang kering dan sensitif, anda boleh memilih wangian Chamomile. Ia juga boleh membantu untuk tidur. 

Harga: RM9.72 hingga RM17.02
Klik sini untuk beli. 

4. HiQiLi

Image via Shopee
Image via Shopee

HiQiLi menawarkan pelbagai perisa dan wangian yang unik. Setiap perisa dan wangian mempunyai fungsi masing-masing yang dapat membantu fungsi emosi dan badan. Essential oil di kedai ini mendapat pelbagai feedback yang positif daripada pelanggan. 

Harga: RM16.81 hingga RM32.43
Klik sini untuk beli. 

5. MBH Arcoableno

Image via Shopee
Image via Shopee

Essential oil ini bukan saja berfungsi untuk memberikan bau yang wangi, malah ia juga berfungsi sebagai sanitasi kuman. Terdapat 14 jenis wangian, yang terbaru merupakan Geogia Peach.

Harga: RM3.59 hingga RM17.90
Klik sini untuk beli. 

6. MBH Divina

Image via Shopee
Image via Shopee

Apa yang menarik adalah essential oils boleh digabungkan untuk mendapatkan fungsi-fungsi tertentu. Contohnya, jika anda mempunyai sinus dan alergi, anda boleh titiskan 1 titis Lemongrass, 2 titis Eucalyptus dan 1 titis Peppermint.

Harga: RM28.90 hingga RM68.90
Klik sini untuk beli.

7. Deroma

Image via Shopee
Image via Shopee

Jika anda suka wangian yang bau fresh, anda boleh beli essential oil di sini. Pelbagai perisa wangian seperti Apple, Paradise Tioman, Ocean dan macam-macam lagi. Confirm tenang!

Harga: RM29.30 hingga RM29.50
Klik sini untuk beli.

8. Tanamera

Image via Shopee
Image via Shopee

Tanamera merupakan jenama yang menggunakan bahan asli tanpa pewarna tiruan, minyak wangi, bahan aktif kimia dan pengawet. Paling yang digemari ialah wangian jenis Ylang Ylang. Ia berfungsi untuk hilangkan stres dan anxiety. Titiskan dalam diffuser anda sebelum tidur, pasti nyenyak!

Harga: RM44.50 
Klik sini untuk beli. 

9. Claire Organics

Image via Shopee
Image via Shopee

Claire Organics menawarkan tiga jenis wangian bau iaitu Lavendar, Eucalyptus, Rose Geranium. Produk ini diimport khas daripada Australia. Jika anda inginkan tidur yang berkualiti, anda boleh titiskan sebelum tidur. Buat yang ada anak kecil di rumah, produk ini juga mempunyai kids safety!

Harga: RM36 hingga RM153
Klik sini untuk beli.

Siapa saja tak nak bau rumah dan bilik yang wangi bukan? Barulah tenang dan senang untuk tidur :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: