seismik

90% Usahawan PKS Tak Capai Kewangan Lebih Baik Melalui Bisnes Yang Mereka Kendalikan

Program khas Siri Sokongan Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) oleh RichWorks akan ke seluruh negara bermula Oktober ini.

Cover image via RichWorks

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira 90 peratus usahawan yang ditemui RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak berjaya mencapai kewangan lebih baik melalui perniagaan yang dijalankan

Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, dapatan tersebut diperolehi berdasarkan pengalaman 16 tahun RichWorks dalam melatih dan membimbing usahawan di negara ini.

"Niat asal mereka berniaga sebab nak ada kewangan, jualan dan keuntungan lebih baik untuk bantu keluarga mencapai impian.

"Tapi, semua itu tak kesampaian bila mereka berdepan pelbagai cabaran pula, dari segi kewangan, persaingan, dengan kenaikan kos buatkan tak tahu macam mana nak atasinya dan RichWorks ada solusi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program khas di pejabat RichWorks, Siri Sokongan Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) - Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya yang akan ke seluruh negara.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Bimbingan dan Mentoran, Hafiz Jasmi.

Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Image via RichWorks

Tambah Azizan, RichWorks percaya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, kami mampu bantu lebih ramai usahawan untuk mendapatkan kekuatan semula.

"Bina SME ini untuk usahawan yang merupakan pembuat keputusan dengan bisnes yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi enam bulan ke atas.

"Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dari situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik.

"Dalam masa panjang, untuk mereka capai impian tetapi sekurang-kurangnya masa ini boleh bangkit dengan cepat," jelasnya.

Bisnes kini tak mudah dan 2025 dijangka lebih besar cabaran menanti usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.

Image via RichWorks

"Jadi dengan berbaki 4 bulan saja tahun ini, RichWorks nak bantu usahawan-usahawan PKS yang serius dan komited untuk harungi cabaran masa ini," ujarnya.

Untuk rekod, Siri Sokongan BINA SME Seluruh Malaysia - Bina Perniagaan dan Kewangan Berjaya akan membuat siri jelajah ke beberapa negeri di seluruh Malaysia.

Antaranya di sekitar Lembah Klang, Johor, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang. Dalam pada itu, beberapa negeri lain juga akan berada dalam siri jelajah berkenaan dan akan dimaklumkan kelak.

Untuk maklumat lanjut, para usahawan boleh layari laman web www.binasme.com!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: