seismik

Abang Sanggup Bunuh, Tikam Adik Sebanyak 15 Kali Hanya Untuk 'Tutup Rahsia'

Remaja lelaki berusia 13 tahun itu hilang pertimbangan selepas kalah bermain permainan video dengan merosakkan barangan rumahnya sebelum menikam mati adiknya.

Cover image via Times Now News

Hanya kerana 'tertekan' akibat kalah bermain permainan video, seorang remaja sanggup bertindak di luar batasan terhadap adiknya

Image via Harian Metro

Dalam satu kejadian yang berlaku di Moscow, Rusia, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hilang pertimbangan dengan merosakkan barangan rumahnya  akibat kalah bermain permainan video sebelum menikam mati adiknya.

Memetik laporan, suspek Alexandar pada awalnya mengamuk dengan merosakkan perabot rumah dan telefon bimbitnya selepas kalah dalam pusingan permainan video.

Namun hanya kerana risau adiknya bakal memberitahu kelakuannya itu kepada ibu mereka, dia kemudiannya telah bertindak membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu untuk menutup rahsianya.

Ketika kejadian, ibu mereka meninggalkan mereka yang ketika itu sedang tidur di rumah di Dudinka wilayah Krasnoyarsk Krai untuk membawa bayi perempuan berusia enam bulan ke rumah datuk mereka

Dikatakan apabila Alexander bangun, dia mula bermain permainan video sebelum mengamuk akibat kalah.

Berdasarkan laporan, mangsa terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi bising dan bersembunyi di dapur sebelum ditikam 15 kali oleh abangnya.

Ibunya yang baru pulang meragui kejadian diceritakan remaja itu sebelum menghubungi polis. Ketika disoal siasat, remaja itu mengaku telah membunuh adiknya dan dia takut jika kawannya tidak mahu bercakap dengannya apabila dirinya kalah dengan mudah dalam pusingan berkenaan.

Kejadian itu memeranjatkan masyarakat kerana remaja itu digambarkan sebagai seorang pelajar terbaik di sekolahnya. Remaja itu kini menjalani rawatan psikologi dan siasatan masih dijalankan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: