seismik

Hanya Kerana Lapar, Teman Lelaki Sanggup Bunuh, Goreng & Makan Kaki Kekasih

Kejamnya!

Cover image via Harian Metro

Disebabkan lapar, seorang lelaki sanggup bertindak kejam terhadap teman wanitanya baru-baru ini

Image via hmetro.com.my

Dalam satu kejadian di Ukraine, seorang lelaki telah bertindak di luar batasan akal apabila sanggup membunuh teman wanitanya yang berusia 50 tahun sebelum memakan kaki mangsa.

Laporan menyebut, suspek Oleksandr, 41, melakukan perbuatan itu kerana lapar ketika kedua-duanya berparti di rumah di bandar Kryvyi Rih.

Dalam kejadian yang berlaku pada 13 April lalu itu, suspek dilaporkan telah mengambil pisau di dapur sebelum bertindak menikam leher teman wanitanya. Suspek kemudiannya dipercayai menggoreng dan memakan kaki teman wanitanya itu.

Apa yang lebih kejam, untuk memastikan agar teman wanitanya itu tidak bernyawa, suspek bertindak memotong kaki mangsa

Suspek kemudiannya memasukkan bahagian badan lain mangsa ke dalam guni dan mengheret guni itu sejauh 500 meter lalu menyembunyikannya di dalam semak berhampiran sungai.

Namun, pada keesokan hari, guni itu ditemui seorang lelaki bernama Mykola yang datang untuk memancing bersama anaknya.

“Saya dan anak mencari tempat memancing sebelum kaki tersadung pada guni itu. Saya kemudian mendapati ada punggung manusia terkeluar darinya,” katanya.

Ekoran daripada laporan polis dibuat Mykola, polis menahan Oleksandr di rumahnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: