seismik

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit Hidap Penyakit Lumpuh Sebelah Muka Dan Cara Merawatnya

Usaha berserta semangat yang tinggi, insya-Allah dipermudahkanNya

Cover image via SAYS via Facebook / Abaya Fiona

Seperti yang kita tahui, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pesakit Bellpalsy untuk sembuh kerana penyakit ini menyebabkan kelemahan otot pada sebelah muka sahaja

Penyakit ini disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot muka dan menjadikan muka terasa berat sebelah kerana tiada reaksi otot untuk mengawal ekspresi muka.

Namun perkara itu tidak mustahil sekiranya pesakit berterusan untuk merawat dan melakukan pelbagai inisiatif untuk sembuh seperti yang dikongsikan Abaya Fiona di Facebook baru-baru ini.

"Ini ujian dari Allah Taala, saya reda," demikian kata Abaya Fiona yang lumpuh sebelah muka sehingga menyebabkan ada sebahagian wajahnya tidak berfungsi seperti biasa

Walaupun doktor telah memaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan namun beliau terus yakin beliau akan pulih dengan menjalani beberapa langkah rawatan yang disarankan doktor dan juga rawatan secara tradisional.

Hasil usahanya menjadi dan beliau telah sembut dari penyakit itu, beliau kini pulih 60%. Semoga perkongsian dari Abaya Fiona ini memberi manfaat kepada semua.

BellPalsy /Lumpuh Sebelah Muka / -------------------------------------------------------- Fiona rasa malu nak kongsi...

Posted by Abaya Fiona on Tuesday, December 19, 2017

Menurutnya lagi, walaupun beliau rasa malu nak kongsi gambar, tetapi memikirkan ramai yang senasib dengannya, beliau mula berkongsi punca dan rawatan dengan niat untuk membantu

Baca status penuh Abaya Fiona di bawah:

BellPalsy /Lumpuh Sebelah Muka /
--------------------------------------------------------
Fiona rasa malu nak kongsi gambar tapi memandangkan ramai kawan2 yg tak kira umur dah kena strok di usia muda. Fiona nak kongsi Punca dan Cara rawatan strok.
.
Fiona anggap ini ujian dari Allah Taala fiona Redo tak perlu malu, mungkin pengongsian ini dapat membantu orang lain yg senasib fiona.
.
PUNCA YG BOLEH MENYEBABKAN BELLPALSY
1. Demam berpanjangan lebih dari seminggu
2. Darah tinggi
3. Stress 
4. Tak cukup rehat
5. Banyak berfikir
6. Kolestrol tinggi
7. Sakit dalam perut
.
Jangan pandang rendah dengan demam, demam lebih dari seminggu sila rujuk ke hospital. Dikhuatiri darah anda akan dijangkiti bakteria, ini akan memudahkan lagi anda untuk mendapat strok.
.
TEMPOH MASA UNTUK SEMBUH
1. Dokter cakap 6bkn 1tahun 
2. Kawan2 yg dah kena ada yang setahun masih belum sembuh jangan sedih jangan giveup kena kuat sayang semua.
.
USIA YANG BOLEH MENGHIDAP BELLPALSY
1. Tak ada limit usia, paling muda setakat ni umur 6tahun sebab obes. 
.
CARA RAWATAN
1. Turun kan panas badan dan darah tinggi secepat mungkin 
2. Ambil ubat hospital cuma seminggu
3. Terus berurut traditional saraf secara kampung dalam tempoh 2/3 kena, jangan tunggu lama2 nanti saraf dah keras susah nak betul .
4. Mulut tu banyakkan selawat zikit buka mulut tu. Dokter akan suruh exercise sebut (a e I o u ) kita percaya pada Allah kita banyakkan sebut Allah di mulut.
5. Senaman lidah nanti fiona akan buat vedio tunjuk senaman yg betul.
6. SIMPAN ALLAH DALAM HATI ALLAH JAGA KITA SAMPAI MATI.
7. KUAT KUAT KUAT FIONA SANGAT KUAT. KEKUATAN DALAMAN LAGI KUAT DARI KEKUATAN FIZIKAL. FAHAM NI. 
.
KESAN
1. Mata tak dapat pejam
2. Mulut herot
3. Sukar bercakap makan minum
4. Penglihatan fiona dah kabur
5. Pendengaran kurang
6. Saraf tak dapat lagi merasa deria.
.
Sesungguhnya fiona tak pernah kesali dengan apa yg terjadi. Tidak sedih walaupun sedikit suami banyak bagi sokongan fiona jadi semakin kuat. Cuma bila dokter cakap dia tak dapat buat apa2 fiona mungkin akan begini dalam tempoh setahun baru menitis sedikit air mata. Tapi fiona berazam pada diri sendiri aku kena kuat aku kena sembuh cepat.
.
Alhamdulillah sekarang tak sampai 2 minggu fiona dah 60% sembuh ni semua kuasa Allah taala mata pun dah dapat pejam mulut dah tak herot sangat cuma minum air masih meleleh.Dan juga pergi berubat pada tempat yg betul. 
Tok sah p tok bomo tipu semua tu. Nanti boleh check dekat wall Abaya Fiona akan share tempat urutan saraf..

Semoga perkongsian dari Abaya Fiona ini memberi manfaat kepada semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah baca perkongsian berguna yang lain? BACA SINI:

You may be interested in: