seismik

Insentif ADAM50 Sudah Ditamatkan Mac Lalu, Tiada Lagi Dana RM200 Untuk Bayi Baru Lahir

Sayang seribu kali sayang.

Cover image via Shifae Penawar / Facebook | & Berita Harian

Semalam (5 Disember), kami dapat lihat artikel berkenaan insentif ADAM50 yang kami tulis pada Januari 2018 kembali trending dan mendapat sambutan hangat

Image via Berita Harian

Rata-rata warganet berbondong-bondong memasuki ke artikel tersebut untuk mengambil tahu tentang insentif ADAM50 yang telah diperkenal pada Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober 2017 oleh kerajaan terdahulu.

Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntuk RM100 juta setahun bagi pembiayaan ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050, skim khas untuk anak dilahirkan pada 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022.

Image via Najib Razak

Menerusi insentif ini, bayi yang baru lahir akan menerima insentif unit amanah berjumlah RM200. Dana pelaburan RM200 ini bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga bayi berusia 18 tahun.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan telah menamatkan insentif ADAM50 ini kerana kurang sambutan

Image via Majalah PaMa

Disember tahun lalu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan bahawa ADAM50 akan ditamatkan pada 31 Disember 2018 berikutan kurang sambutan. Namun, pendaftaran telah dilanjutkan sehingga bulan Mac 2019.

"ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018," kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.

Pengenalan skim ini bertujuan bagi menggalakkan ibu bapa membuat simpanan awal untuk anak-anak mereka

Dengan membuat pelaburan tambahan sekurang-kurangnya RM100 sebulan, jumlah wang yang akan terkumpul boleh mencecah kira-kira RM20,000 apabila bayi itu mencapai usia 18 tahun kelak, dengan kadar dividen sebanyak 6% setahun.

Namun, insentif ini sudah pun ditamatkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa ambil peluang terhadap insentif ini pula ya:

You may be interested in: