"Not An April Fool's Joke" - Afdlin Shauki & Altimet Umum Sertai Anwar Ibrahim Dalam PKR
Akan diumumkan dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dua orang selebriti Malaysia iaitu pelakon, Datuk Afdlin Shauki dan penyanyi, Altimet mencuri perhatian warganet apabila 'mengumumkan' untuk sertai arena politik tanah air baru-baru ini
Menurut laporan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama tanah air, Datuk Afdlin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tambah Afdlin, PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat.
Jelas Afdlin lagi, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam dirinya.
Selain itu, pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang
Menurut Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.
“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.
“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” ujarnya.