seismik

"Alhamdulillah" - Terendah Untuk Tahun 2021, Kes Harian Covid-19 Kini Di Bawah Angka 1,000

Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020.

Cover image via New Straits Times

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buat pertama kalinya, sejak 9 Disember 2020, kes harian Covid-19 kini di bawah angka 1,000

Berita gembira itu dimuat naik sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui ciapan di Twitter laman rasminya hari ini, 29 Mac 2021.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 219 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 192 kes, Johor sebanyak 171 kes dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 57 kes, Kelantan (49 kes), Sabah (34 kes), Negeri Sembilan (18 kes) dan Kedah (13 kes).

“Negeri lain ialah Melaka (lapan kes), Perak dan Pahang (masing-masing lima kes), Terengganu (empat kes) serta Putrajaya dan Labuan (masing-masing satu kes),” katanya menerusi ciapan di Twitter milik beliau hari ini.

Tambahnya lagi, negeri Perlis pula kekal tidak mencatatkan kes baru Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan reply di ciapan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berharap dapat mendengar 'khabar gembira' tidak lama lagi

Mereka berharap semua orang terutamanya rakyat Malaysia dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar kes harian Covid-19 ini diturunkan lagi.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan yang dimuat naik oleh KKM itu sudah pun meraih lebih 6.8K retweets, 900 qoute tweets dan 7.3K likes.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Ingat guys, teruskan patuhi SOP & jaga penjarakan fizikal. Kita mesti menang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: