seismik

"Mereka Pun Orang Islam" - Kenali Pencipta Vaksin Pfizer-BioNTech Berasal Dari Turki Ini

Pasangan suami isteri Muslim ini berasal dari Turki.

Cover image via Bloomberg & The Times UK

Umum sedia maklum, kumpulan pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia baru-baru ini dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin itu

Tapi tahukah anda siapakah individu yang mencipta vaksin Pfizer-BioNTech ini sehingga memberikan manfaat kepada manusia di seluruh dunia.

Menurut sumber, pencipta kepada vaksin ini merupakan pasangan suami isteri Muslim dan mereka berdua ialah Dr Ugur Sahin, 55, dan Dr Ozlem Turci, 53.

Vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’.

Dr Sahin beragama Islam dan berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana.

Dia berkahwin dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Turci, juga seorang Islam berketurunan Turki.

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah antara yang mendapat permintaan paling tinggi di dunia, mendahului vaksin-vaksin yang dihasilkan oleh China dan Rusia

Syarikat mereka memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan dan pemulihan imuniti ke atas pesakit barah dan penyakit berjangkit.Mereka mempunyai 1,800 pekerja dan telah menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia.

Kelebihan kepakaran bidang ini telah membawa fahaman yang mendalam berkenaan imuniti manusia, benteng utama dan penentu kemampuan melawan virus dan penyakit di dalam badan.

Pfizer telah membuat pelaburan besar ke dalam syarikat BioNTech, termasuk kemudahan ujikaji dan pengkomersilan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via BBC

Mereka merupakan pasangan saintis berjaya dan berstatus bilionaire sebelum virus Covid-19 muncul lagi

Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebii RM20 billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan mengayuh basikal ke makmal tempat kerja.

Menariknya, vaksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman sebelum amalan itu ditiru di British. Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.

Kini, pencapaian mereka menjadi kebanggaan penduduk Jerman yang menganggap penemuan mereka satu kejayaan besar buat negara Eropah itu. 

Dr Sahin (kiri) dan Dr Turci (kanan) merupakan saintis Muslim dan juga pasangan suami isteri.

Image via InfoMigrants

Semoga bermanfaat dan menjawab segala persoalan kekeliruan yang berlegar ketika ini mengenai isu vaksin :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: