seismik

Ahli Saintis Jepun Jelaskan Berpuasa Dapat Pecahkan Protein & Komponen Rosak Dalam Badan

Tambahan pula, sel-sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Cover image via Google

Banyak kebaikan berpuasa yang mungkin kita semua terlepas pandang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tidak kiralah sama ada puasa sunat, puasa ganti atau puasa wajib di bulan Ramadan, berpuasa itu secara automatik dapat melemahkan syahwat seseorang yang menjadi punca kemaksiatan. Nilai ketakwaan dalam ibadat itu akan menyebabkan seseorang itu perlu meninggalkan perkara disukainya, contoh seperti makan, minum serta berjimak pada siang hari.

Percayalah, jika anda dapat tangani semua perkara itu dengan jayanya, anda mampu menahan diri daripada melakukan perkara yang dimungkari Allah SWT.

Selain daripada dapat mengawal nafsu, berpuasa juga dikatakan mampu memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dalam badan seseorang

Kajian ini telah dilakukan oleh seorang ahli saintis di Jepun iaitu Yoshinori Ohsumi yang turut dianugerahkan Hadiah Nobel 2016 dalam Fisiologi atau Perubatan. Anugerah tersebut diberikan untuk kejayaan penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami kitar semula yang dikenali sebagai Autofagi.

Dalam istilah Yunani, ia merupakan 'Makan Dengan Sendiri/Pemakan Diri'.

Yoshinori Ohsumi.

Image via Google

Menurut laporan lain, David Rubinsztein iaitu Timbalan Pengarah di Institut Penyelidikan Perubatan Universiti Cambridge berkata, Ohsumi menyediakan saintis di seluruh dunia dengan 'alatan kritikal' bagi membantu mereka memahami bagaimana Autofagi terganggu boleh menyumbang kepada penyakit termasuk penyakit berjangkit, kanser, penyakit neurodegenaratif seperti Huntington dan Parkinson.

Image via Astro Awani
Say sentiasa mahu melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang lain. Saya fikir perpecahan sel akan lebih menarik, dan itu permulaan kepada penyelidikan saya,
Yoshinori Ohsumi, Saintis Jepun

Autofagi merupakan satu proses penting di mana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan lapar

Image via World News

Sebagai contohnya adalah apabila tubuh manusia sedang berpuasa dalam tempoh 8 hingga 10 jam. Ketika itulah proses Autofagi akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga. Bukan setakat itu sahaja, sel sel lapar ini akan turut memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Public Health Malaysia turut berkongsi bahawa gangguan Autofagi juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses Autofagi ini dapat diaktif.

Tambahan pula, tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Jadi, manfaatkanlah fungsi ini dengan mengamalkan puasa dua kali setiap minggu serta meningkatkan aktiviti fizikal.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: