seismik

5 Tip Mengawal Nafsu Seks Sewaktu Berpuasa Di Bulan Ramadan

Jangan sampai terlanjur.

Cover image via Stock Images

Selain menahan lapar dan haus, mengawal nafsu seksual juga menjadi salah satu perkara yang harus anda lakukan sepanjang bulan Ramadan

Image via Stock Images

Namun sebahagian orang mungkin merasa ini adalah hal yang sukar. Nafsu seks adalah tindak balas semula jadi badan manusia bahkan kaji selidik oleh Florida State University menemukan bahawa lelaki dewasa yang sihat pada umumnya mungkin mengelamun tentang seks sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

Tapi walaupun nafsu seksual adalah tindak balas semula jadi badan, ini tidak bermakna anda sama sekali tidak boleh mengawalnya. Kemampuan mengawal nafsu seksual sebenarnya berkait rapat dengan kemampuan anda mengawal emosi. Bererti jika anda mudah beremosi, anda juga mungkin mudah terangsang. Mereka yang lebih cepat panik juga kebiasaannya lebih sukar mengawal diri apabila terangsang.

Ini disebabkan bahagian otak yang mengatur gelojak emosi sama dengan bahagian otak yang memproses rangsangan seksual, iaitu amigdala.

Bagi memastikan puasa pada bulan suci ini berjalan lancar, ikuti sejumlah tip di bawah ini untuk mengawal nafsu seks selama berpuasa:

1. Tarik nafas dalam-dalam

Image via klimg.com

Teknik pernafasan dalam boleh menjadi cara yang cukup berkesan untuk mengawal nafsu seksual sewaktu bulan puasa. Menarik nafas dalam-dalam, relakskan otot, dan meditasi dapat membersihkan fikiran dan menenangkan anda dalam menghadapi keadaan yang merangsang stres.

Emosi negatif boleh mengganggu sistem saraf simpatetik, yang boleh memberi kesan kepada zakar. Ketika anda cemas, panik, atau stres, sistem saraf simpatetik anda menjadi hiperaktif. Sebagai tindak balas, otak yang terlalu hiperaktif akhirnya mengarahkan zakar untuk cepat-cepat mengeluarkan air mani agar aktiviti otak berkurang. Ini disebabkan setelah air mani keluar, tubuh dan otak boleh menjadi lebih tenang dan relaks disebabkan pelepasan hormon.

2. Bayangkan suasana yang menenangkan

Image via TSG #KasiJadi

Di saat anda merasa terangsang, tutup mata sejenak sambil membayangkan birunya air laut, atau hamparan sawah penuh hijau yang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Atau, pergilah keluar sebentar untuk menghirup udara segar dan melihat yang hijau-hijau di bawah naungan langit biru.

Sains di sebalik psikologi warna membuktikan bahawa warna biru menghadirkan rasa tenang dan relaks bagi saraf. Warna biru juga memberikan kesan stabil, aman, dan penuh harapan. Sementara itu, hijau dianggap warna yang menenangkan dan santai. Warna hijau berkait dengan alam dan lingkungan yang sihat. Selain itu, hijau juga melambangkan harmoni, keseimbangan, serta ketenteraman.

3. Hindari pemikiran yang mengghairahkan

Image via tumblr.com

Salah satu cara utama untuk mengendalikan ghairah seksual adalah menghindari orang, tempat, gambar, pandangan, media, pemikiran, dan punca apa pun yang menaikkan nafsu berahi.

Anda boleh cuba mengalihkan fikiran dengan melakukan tip yang sama untuk menahan air kencing, iaitu dengan menggenggam tangan seperti anda sedang menggenggam batu dan fokuskan fikiran untuk menggenggam dengan sekuatnya. Dengan demikian, fikiran anda boleh dialihkan, daripada keinginan untuk kencing, jadi berusaha sekuat tenaga untuk memeras batu imaginasi tersebut.

4. Tanamkan fikiran positif

Image via giphy.com

Stres boleh tergambar pada gerak-geri dan pola fikiran anda yang turut menjadi negatif. Namun, usahakan untuk menanam atau berkata positif bagi diri sendiri. Ulangi kata-kata penuh motivasi seperti, “Tenang, saya pasti boleh mengawalnya.”

Daripada mengelamun di siang tentang pasangan atau perkara-perkara yang erotik, sibukkan diri (dan fikiran) anda dengan pekerjaan atau hobi anda. Jika fikiran anda sudah terlanjur ke sana, cuba fokuskan pada hal-hal yang boleh membuat anda kurang ghairah. Misalnya tumpukan perhatian kepada kerja atau memerhatikan trafik lalu lintas di tingkap.

5. Senaman ringan

Sewaktu anda terangsang, sebahagian besar aliran darah daripada jantung terus menuju ke organ seksual. Akibatnya, zakar mungkin mengalami ereksi atau vagina basah kerana mengeluarkan cairan. Sewaktu anda bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang menyebabkan berpeluh, jantung akan mengalirkan darah ke bahagian tubuh lain yang sedang bekerja. Contohnya kemaskan rumah berbanding berbaring sambil ber-chatting dengan kekasih. Darah akan mengalir lebih deras menuju tangan dan kaki, dan bukannya bahagian intim anda. Maka, kemungkinan zakar ereksi/vagina basah secara tiba-tiba akan berkurang.

Selain itu, senaman mengurangkan kadar hormon seks testosteron sambil meningkatkan hormon stres kortisol. Dalam tubuh, kortisol berfungsi untuk mengatur tindak balas tubuh terhadap stres, meningkatkan metabolisme gula dalam darah, serta mengawal tekanan darah.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mesti ramai yang percaya pada mitos-mitos ini, kan?

Lagi artikel berkaitan kesihatan:

You may be interested in: