Berpuasa Selama 20 Jam? Tiada Masalah Buat Gadis Malaysia Ini
Setiap cabaran yang mendatang, pasti ada kebaikan dan pengajaran di sebaliknya, jika kita sentiasa bersikap positif.
Dalam artikel kami yang lepas, kami kongsikan informasi tentang penduduk Bulatan Artik yang berpuasa selama 24 jam
Di sana, matahari tidak akan terbenam bagi sebahagian besar kawasan dan hanya terbenam untuk beberapa jam sahaja di bahagian selatan. Jadi ada di antara penduduk Bulatan Artik yang harus berpuasa hampir seharian.
Kali ini, kami ingin kongsikan pengalaman Aida Sue, seorang pelajar Malaysia di Aberdeen, Scotland yang harus berpuasa selama 20 jam
Lokasi Aberdeen boleh dikatakan antara paling utara di United Kingdom dan *latitude*nya pula adalah lebih tinggi berbanding bandar Moscow, Russia. Waktu berpuasa di Aberdeen bermula lebih kurang jam 2 pagi hingga 10 malam. Jadi waktu berpuasa adalah sekitar 19 jam hingga 20 jam.
theaidasue.comBagi yang sudah biasa puasa selama 13 jam, sudah tentu berpuasa dengan masa yang lebih panjang bakal membawa cabaran fizikal dan mental
Berpuasa di Malaysia pun sudah cukup mencabar terutama apabila cuaca menjadi sangat panas. Apatah lagi kalau harus berpuasa 20 jam, terpaksa berbuka puasa tanpa keluarga di sisi, tiada bazaar Ramadhan dan jauh dari laungan azan Maghrib. Boleh nangis dibuatnya!
Tetapi menurut Aida, berpuasa di mana-mana pun sama sahaja. Jika persediaan rapi dibuat, berpuasa 20 jam tidaklah sesukar mana. Antara tips yang beliau kongsikan:
Bagi Aida, berpuasa 20 jam sebenarnya adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menguntungkan. Sebabnya:
1. Cuaca di luar negara biasanya agak sejuk menyebabkan kurang penat ketika berpuasa
Ketika artikel ini ditulis, menurut Aida Sue cuaca di Aberdeen, Scotland adalah 12 darjah Celcius.
2. Siang yang panjang dan malam yang pendek memberikan beliau peluang untuk beribadah di bulan Ramadan dengan lebih baik
"Kalau dulu di Malaysia, saya tahu yang waktu malam itu panjang, jadi saya lalai dalam membuat ibadah, saya tangguh-tangguh kerana merasakan ada banyak masa lagi untuk terawih. Oleh kerana malam di sini cuma 4 jam, memang padat program saya dari Iftar, sampailah ke Subuh. Saya dapat nikmat berjaga malam (untuk beribadah)," kata Aida Sue.
theaidasue.com3. Dengan adanya siang yang panjang, hari beliau terisi dengan pelbagai aktiviti seperti menyelesaikan tugasan akademik
Suasana di Aberdeen pada pukul 9 malam masih lagi cerah, jadi Aida berpeluang untuk belajar dan mengulangkaji di sekolah dengan lebih lama.
4. Secara kira-kira, kemungkinan peluang bertemu malam Lailatul Qadar adalah tinggi kerana malam yang lebih singkat di Aberdeen
Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Oleh kerana waktu malam cuma 4 jam di sini, peluang untuk mendapat nikmat malam Lailatulqadar ini mungkin lebih baik. Untunglah!
Pengajaran yang kita boleh belajar dari pengalaman Aida dari blog peribadi beliau ialah Tuhan itu Maha Adil, dan pasti ada kebaikan di atas setiap sesuatu yang berlaku