AirAsia Tawar Promosi Tiket Penerbangan Serendah RM88 Sehala Ke Almaty, Kazakhstan
Wah, murahnya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan pada 14 Mac 2024 ini, syarikat penerbangan AirAsia X tampil menawarkan tawaran menarik ke Almaty untuk anda
AirAsia X tawar tambang promosi bermula RM88 sehala termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan.
Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang selama lapan jam sahaja secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk.
Promosi ini untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024 dan anda boleh menempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web AirAsia.
Almaty merupakan bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, beliau berbesar hati untuk menawarkan tambang menakjubkan ini ke Almaty kepada pengembara untuk menerokai bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan dan kepelbagaian budaya.
"Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.
"Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang," katanya.
Almaty merupakan destinasi yang unik selain mempunyai keindahan alam semula jadi
Untuk pengetahuan anda, Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu.
Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.
Tambahan lagi, perjalanan ke Almaty ini hanya tersedia 4 kali seminggu sahaja. Bagi pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran segera dengan hanya ‘satu klik’. Tiada kad BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!