"Berjaya Pecahkan 4 Rekod" - Khairul Aming 'Restock' 35,000 Dendeng Nyet Berapi Di Shopee
Sebelum ini, Khairul Aming berjaya mencatat rekod sebanyak 80,000 unit dalam tempoh masa 3 minit 39 saat dan mencatat angka jualan hingga RM1 juta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mendedahkan bahawa produk terbaharunya iaitu Dendeng Nyet Berapi berjaya memecahkan empat rekod baharu
Khairul Aming berkata, selepas usai jualan dilakukan, 'post mortem' yang dilakukannya mendapati Dendeng Nyet Berapi berjaya menjadi produk yang paling banyak memecahkan rekod di TikTok Shop Malaysia.
"Pada majlis pelancaran itu, ada empat rekod yang kita pecahkan termasuk jualan RM1 juta terpantas, iaitu selama tiga minit tiga puluh sembilan saat, kedua kita dapat 'peak views' tertinggi di Malaysia iaitu seramai 222, 800 dalam satu-satu masa.
"Rekod ketiga kita dapat tontonan keseluruhan tertinggi iaitu seramai 3.4 juta dan rekod keempat kita dapat 'clickthrough rate' (CTR) tertinggi iaitu lebih daripada 400 peratus dan keempat-empat rekod ini adalah tertinggi dalam sejarah TikTok Shop Malaysia sehingga ke hari ini," katanya.
Tambahnya, rekod yang dipecahkannya itu juga merupakan rekod terbaik peribadi kerana sebelum ini beliau mengambil masa selama tiga bulan untuk mendapatkan jualan sebanyak RM1 juta bagi penjualan Sambal Nyet Berapi.
"Untuk dendeng ini Alhamdulillah kita dapat dalam masa tiga minit lebih dan malam itu juga kita dapat maklum balas yang baik daripada orang ramai mengenai tema pelancaran menggunakan layar berwarna hitam yang memudahkan orang ramai untuk membaca tulisan dan sebagainya," katanya lagi.
Kerosakan Dendeng Nyet Berapi hanya lima pek sahaja bersamaan 0.01%
Bagaimanapun, daripada 80,000 dendeng yang dijual malam itu, kerosakan yang berlaku hanyalah pada kadar 0.01 peratus dan ia sudah diganti baharu.
"Kita juga menerima maklum balas yang positif, ramai juga yang memberi lima bintang cuma ada yang mahukan tahap kemanisannya dikurangkan manakala tahap kepedasan ditambah selain tidak mahu tekstur daging yang jenis mudah terlerai, dan ada juga yang mahukan bungkusan ziplock.
"Maka saya sudah terima maklum balas ini dan akan ada penambahbaikan kelak," katanya.
Info tambahan, hari ini, Khairul Aming mengumumkan bahawa 35,000 unit dendeng akan restock di Shopee pada jam 9 malam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!