seismik

Saksi Dedah Ebit Lew Ada Ajak Lakukan Hubungan Intim Untuk Bertukar Pasangan

Difahamkan, saksi ini merupakan saksi kesembilan yang tampil memberi bukti di Mahkamah Majistret Tenom.

Cover image via Free Malaysia Today & Yahoo! Life

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut mengenai Ebit Lew, pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya muncul sebagai influencer, penceramah dan juga dermawan antara yang membuatkan beliau dikenali ramai

Penceramah ini walau bagaimanapun sejak dari tahun lalu telah didakwa dengan pelbagai kes khususnya melibatkan gangguan seksual.

Terbaharu, seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew memberitahu mahkamah pendakwah itu mengajaknya bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, saksi ini merupakan saksi kesembilan yang tampil memberi bukti di Mahkamah Majistret Tenom menerusi tangkap layar teks WhatsApp diterimanya.

Ebit mencadangkan perkara itu supaya dia boleh melakukan hubungan intim dengan pengadu, manakala suami pengadu pula disuruh melakukan hubungan intim bersama isteri pendakwah tersebut.

Ebit didakwa turut mengeluarkan kata-kata lucah

Dalam tangkap layar lain pula, pengadu memberitahu mahkamah Ebit turut mengeluarkan kata-kata lucah dengan menyatakan hendak peluk, cium manja-manja dan melakukan perkara tidak senonoh kepadanya.

Kemudian pengadu membalas mesej dengan menyatakan Ebit mempunyai isteri dan mesti dia ada hubungan suami isteri di rumah jadi kenapa perlu buat lagi kepadanya.

Apabila Ebit mengajaknya bertukar pasangan, pengadu memberitahu bahawa dia tidak akan dan suaminya pun tidak akan melepaskannya.

Malah, apabila membaca ayat tidak senonoh diterima daripada Ebit, pengadu turut berasa malu kerana ayat ditulis agak memalukan dan pengadu sendiri yang sudah bersuami pun tidak pernah menulis atau cakap ayat seperti ditulis Ebit.

Saksi menasihati Ebit supaya melakukan taubat nasuha

Menurut saksi itu, dia turut menghantar teks WhatsApp menasihati Ebit supaya melakukan taubat nasuha dan jangan buat perkara sebegitu dengan orang lain kerana Ebit adalah seorang yang terkenal.

“Aib ini saya seorang sahaja yang simpan, macam awak cakap, kita manusia biasa. Lagipun saya isteri orang. Tak apalah ini ujian hidup saya, ada suami macam ini, saya sabar sahaja demi anak,” katanya.

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan berlangsung di depan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin, manakala Ebit diwakili peguam Ram Singh dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: